Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog GLC perlu tumpu PKS bumiputera

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Khamis, 2 Januari 2014

Datuk Ahmad Maslan
KUALA LUMPUR 11 Dis. - Syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) diminta supaya memberi lebih tumpuan kepada perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bumiputera dalam usaha memperkasakan ekonomi golongan itu.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, langkah tersebut perlu bagi mencapai sasaran sumbangan PKS sebanyak 41 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar menjelang 2020.

"Kita ingin syarikat-syarikat bumiputera yang berprestasi tinggi yang mendapat kontrak-kontrak GLC ini dan persaingan perlu diwujudkan dalam kalangan syarikat bumiputera itu sendiri," katanya selepas majlis menandatangani perjanjian perkhidmatan antara Telekom Malaysia Bhd dan Casabello Consortium Sdn Bhd di sini, hari ini.

Beliau berkata, Kementerian Kewangan juga akan terus memantau Indeks Prestasi Utama (KPI) untuk ketua-ketua pegawai eksekutif (CEO) GLC dan kad skor mereka seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas