Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Usaha terdesak alih perhatian daripada masalah dengan ROS

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Jumaat, 8 November 2013

Datuk R. Ramanan
KUALA LUMPUR 6 Nov. – Kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu semua parti politik berasaskan kaum dan agama dibatalkan pendaftarannya disifatkan sebagai usaha terdesak mengalihkan perhatian umum daripada masalah yang dihadapi DAP dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Timbalan Ketua Pemuda MIC Bukit Bintang, Datuk R. Ramanan berkata, Karpal tidak sewajarnya membangkitkan isu baharu sebaliknya menjawab segera mengapa pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang diadakan parti itu September lalu masih belum disahkan ROS.

“Ketika dia mahukan parti-parti lain dibatalkan pendaftaran, saya mahu ingatkan Karpal, adakah dia sedar sehingga ke hari ini, CEC parti DAP masih lagi belum disahkan ROS.

“Adakah Karpal sangka masalah dalaman DAP telah selesai sedangkan banyak ahli DAP telah membuat laporan kepada ROS kerana tidak berpuas hati dengan cara pemilihan CEC dan pimpinan DAP,”.

Semalam, Karpal bagai meludah ke langit selepas menyarankan semua parti politik berasaskan kaum dan agama termasuk sekutu rapatnya, Pas dibatalkan pendaftaran walaupun semua sedia maklum DAP cenderung memperjuangkan nasib kaum Cina.

Menurut Ramanan, DAP ibarat terjerumus ke dalam permasalahan besar berhubung krisis parti itu dengan ROS dan dilihat cuba mengheret parti-parti pembangkang lain termasuk Pas untuk terlibat sama dengan masalah mereka.

“Saya fikir Karpal patut fikir mengenai partinya sendiri, janganlah mengutuk rumah orang kalau rumah sendiri pun bermasalah,” katanya.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas