Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Kenyataan Karpal biadab

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Jumaat, 8 November 2013

Sharhan Humaizi
SHAH ALAM 7 Nov. – Dewan Pemuda Pas Selangor memandang serius kenyataan yang dikeluarkan Pengerusi DAP, Karpal Singh bahawa pertubuhan berteraskan agama dan kaum adalah sesuatu yang berbahaya.

Ketua Pemuda Pas Selangor, Sharhan Humaizi Halim berkata, kenyataan Karpal itulah yang sebenarnya membahayakan kerana boleh mencetuskan ketegangan agama.

“Dewan Pemuda Pas Selangor mendesak Karpal Singh menarik balik kenyataan tersebut atau menerima desakan daripada seluruh pemuda Pas.

“Pemuda Pas menyelar tindakan Karpal selaku pimpinan DAP yang mengheret Pas dalam sikap prejudis terhadap Islam. Walhal pimpinan-pimpinan muda DAP sudah menerima hakikat perjuangan Pas yang selama ini bertunjangkan akidah Islam,” katanya dalam satu kenyataan akhbar, semalam.

Menurut Sharhan Humaizi, selaku peguam, Karpal sepatutnya faham bahawa agama Islam merupakan agama rasmi Persekutuan.

Katanya, selama ia diamalkan selepas lebih 50 tahun merdeka, tiada satu insiden pun yang boleh membuktikan tuduhan Karpal bahawa pertubuhan atas nama agama membawa sebarang bahaya kepada negara.

“Jika ada pun, ia merupakan ajaran yang songsang kerana tiada satu ajaran agama pun membawa kepada kemudaratan,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Pas Gombak berkata, apa yang menghairankan, mengapa Karpal mengaitkan pertubuhan atas nama agama dan mendesak Pas dibatalkan pertubuhannya hanya kerana didaftarkan atas nama Islam.

“Ia desakan biadab yang boleh mengeruhkan hubungan dalam PR,” katanya.

Mengulas lanjut perkara ini, beliau memaklumkan, Pemuda Pas sedia mengadakan dialog terbuka tentang Islam bersama Karpal dan sesiapa sahaja dalam memberi penjelasan tentang kekeliruan-kekeliruan terhadap Islam.

“Amaran kami Pemuda Pas kepada Karpal, jika masih mahu membatalkan pendaftaran Pas, beliau perlu berdepan dengan seluruh anggota Pemuda Pas terlebih dahulu dan semestinya kami akan mempertahankan Pas terutama dasar Islamnya sehingga ke titisan darah yang terakhir,” katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr. Abdul Rani Osman berkata, beliau juga tidak bersetuju dengan kenyataan Karpal kerana sebagai pemimpin parti, tidak sewajarnya mengeluarkan cadangan sedemikian bimbang dimanipulasi pihak tertentu.

“Karpal sepatutnya berhati-hati kerana musuh memerhati untuk membedil peluru. Tetapi saya yakin bukan sahaja Pas, malah komponen lain PR juga terkilan dengan kenyataan beliau,” katanya.

Sebelum ini, Karpal mencadangkan parti politik atau persatuan yang berasaskan kaum dan agama dibatalkan pendaftaran atau diubah suai agar boleh disertai oleh semua rakyat tanpa mengira batasan kaum dan agama.

Beliau berkata, cara tersebut merupakan jawapan kepada konsep perpaduan yang menjadi amalan selama ini.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas