Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Transformasi kilang Perodua

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Khamis, 28 November 2013

KUALA LUMPUR 25 Nov. – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) kini dalam proses transformasi bertaraf dunia dengan melaksanakan konsep Kompak, Kecil dan Simple (SSC) untuk kilang baharu yang bakal siap pertengahan tahun depan.

KONSEP kilang Daihatsu Kyushu di Tokyo, Jepun yang mementingkan alam sekitar akan dilaksanakan pada kilang baharu Perodua yang akan siap dibina pertengahan tahun depan.
Pengarah Eksekutif Perodua Auto Corporation Sdn. Bhd., Zainal Abidin Ahmad berkata, proses evolusi syarikat pengeluar kereta itu akan menjadikan kilangnya yang bernilai lebih RM800 juta tersebut merupakan yang pertama di negara ini mengutamakan alam sekitar.

Katanya, kilang yang mengamalkan penggunaan robotik tersebut membolehkan Perodua mengurangkan kos, sekali gus memulangkan penjimatan kos itu kepada pembeli.

“Kita tidak bercakap mengenai harga, tetapi apa yang boleh kita tawarkan ialah sama ada harga (kereta) yang sama tetapi dengan nilai yang lebih tinggi,” katanya pada sidang akhbar di Fakuoka, Jepun baru-baru ini.

Sidang akhbar tersebut sempena lawatan beliau dan rombongan media dari Malaysia ke kilang Daihatsu Kyushu di Fakuoka bagi melihat teknologi SSC yang akan dilaksanakan di Malaysia.

Kilang Daihatsu Kyushu memperlihatkan konsep dan teknologi robot yang bergandingan dengan modal insan hingga berjaya menjimatkan ruang dan kos di samping menghasilkan keupayaan yang lebih tinggi berbanding teknik konvensional.

Zainal Abidin bagaimanapun mengakui bahawa Perodua tidak akan mengikut sepenuhnya konsep kilang Daihatsu Kyushu kerana ia perlu mengikut kesesuaian di negara ini.

“Kilang baharu kita ini jika dapat mengikut lebih 80 peratus konsep SSC Daihatsu Kyushu sudah cukup bagus,” katanya lagi.

Kilang baharu itu disasar untuk mengeluarkan model baharu atau model yang mengalami perubahan baharu dengan tidak menggunakan cat berasaskan air demi alam sekitar.

Tetapi, tegas Zainal Abidin, apa yang penting dalam sistem tersebut ialah modal insan dan kumpulan pekerja di kilang baharu itu dijangka akan mendapat ganjaran yang lebih tinggi kerana kualiti yang ditekankan adalah melebihi jangkaan.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

{ 2 komen... teruskan membaca atau Komen }

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas