Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Tindakan Jeremmy bukti PKR hilang kredibiliti

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Jumaat, 8 November 2013

Datuk Seri Musa Aman
KOTA KINABALU 5 Nov. – Tindakan Adun Kadamaian, Jeremmy Malajad keluar PKR berkuat kuasa semalam menunjukkan kalangan pemimpin parti itu juga sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman percaya ada lagi anggota dan pemimpin PKR akan bertindak sedemikian kerana mereka didakwa semakin tidak meyakini parti itu dalam membela nasib rakyat khususnya di Sabah.

“Adun PKR Kadamaian keluar parti ini dan ada akan keluar atas kesedaran mereka boleh menolong dan membantu rakyat apabila mereka bekerjasama dengan parti dan kerajaan BN,” katanya kepada pemberita selepas mengiringi Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin merasmikan sambutan Maal Hijrah peringkat negeri di Dewan Sa’adah, Wisma Muis, di sini, hari ini.

Musa yang juga pengerusi BN negeri mengulas tindakan Jeremmy yang juga Ketua Penerangan PKR Sabah mengumumkan keluar parti berkuat kuasa semalam dan menjadi wakil rakyat Bebas yang menyokong BN.

“Tindakan itu jelas menunjukkan mereka sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan dan parti PKR. Ini jelas mereka yakin hanya parti dan kerajaan BN yang boleh membela nasib rakyat termasuk di kawasan mereka sendiri,” katanya.

Jeremmy yang disertai kira-kira 50 bekas pemimpin PKR Kadamaian semalam dipetik berkata, keputusan beliau keluar daripada PKR adalah bagi memenuhi harapan rakyat di kawasannya yang mahukan pembangunan.

Katanya, kejayaan BN menangani pelbagai isu yang dibangkitkan di negeri itu semasa PRU13 Mei lepas membuatkan beliau meneliti semula kedudukannya sebagai wakil rakyat PKR.

Dalam PRU13 lepas, Jeremmy memperoleh 5,877 undi untuk mengalahkan penyandang Timbon@Herbert Langadan daripada BN yang mendapat 4,988 undi dalam pertandingan empat penjuru.

Difahamkan, seorang lagi Adun pembangkang dijangka mengadakan sidang akhbar minggu ini berhubung hala tujunya dalam parti termasuk kedudukan sebagai anggota PKR.

Sebelum ini, Adun Luyang Dr Hiew King Cheu bertindak meninggalkan DAP pada 27 September lepas dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas