Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Sistem kewangan Islam diperkasa – Ahmad Maslan

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Rabu, 6 November 2013

Datuk Ahmad Maslan
KUALA LUMPUR 31 Okt. – Pelbagai langkah dilaksanakan kerajaan untuk memperkasakan sistem kewangan Islam agar terus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, Pelan Sektor Kewangan 2011-2020 yang diterbitkan Bank Negara Malaysia (BNM) menggariskan langkah-langkah strategik bagi menyediakan persekitaran lebih kondusif dan menambah baik kemampuan negara dalam memudah cara aliran kewangan merentasi sempadan.

Menurut beliau, Program Transformasi Ekonomi telah mengenal pasti industri kewangan Islam sebagai sektor penting yang akan menyumbang kepada tambahan Pendapatan Negara Kasar (PNK) sebanyak RM7.2 bilion dan hampir 12,000 peluang kerajaan menjelang 2020.

“Pembangunan industri kewangan Islam dizahirkan melalui Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) di bawah Pendidikan (EPP7) dan Projek Permulaan di bawah Perkhidmatan Kewangan (EPP10).

“Selain itu, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSA) telah dikuatkuasakan pada 30 Jun lalu sebagai langkah memodenkan undang- undang bagi mengawal selia perlakuan dan penyeliaan institusi kewangan Islam di Malaysia,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Datu Nasrun Datu Mansur (BN-Silam) berhubung usaha kerajaan memperkasakan sistem kewangan Islam dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas