Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog India buat persiapan terakhir ke planet Marikh

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Rabu, 6 November 2013

K. Radhakrishnan
NEW DELHI 3 Nov. – India hari ini membuat persiapan terakhir untuk melancarkan misi angkasa lepas ke Marikh, 15 bulan selepas merangka rancangan itu dengan bajet yang kecil.

Selepas cubaan China baru-baru ini gagal, India kini cuba menunjukkan kekuatan teknologinya dengan menjadi negara Asia pertama untuk ke Marikh yang terletak lebih 200 juta kilometer dari Bumi.

Sebuah kapal peninjau yang tidak bernama dan seberat 1.35 tan akan dilancarkan menggunakan roket pada tengah hari Selasa ini.

Kapal peninjau itu akan membawa alat sensor bagi mengukur atmosfera Marikh dan berharap dapat mengesan gas metana, keadaan yang membuktikan kewujudan kehidupan di planet tersebut.

Pengerusi Pertubuhan Penyelidikan Angkasa Lepas India (ISRO), K. Radhakrishnan kelmarin berkata, sebarang pengembaraan ke angkasa lepas adalah kompleks dan daripada 51 misi yang dilancarkan di seluruh dunia, hanya 21 yang mencatatkan kejayaan.

‘‘Jika kami gagal dalam misi ini, ia akan memberi pengajaran kepada kami. Kegagalan merupakan batu loncatan kepada kejayaan,’’ katanya.

Projek tersebut diumumkan pada Ogos 2013 dengan bajet sebanyak 4.5 bilion rupee (RM231.41 juta).

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas