Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Sentuhan baharu Cyberjaya

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Rabu, 6 November 2013

CYBERJAYA 3 Nov. – Jika diukur dari segi umur, Cyberjaya mungkin boleh dianggap seorang gadis matang yang cantik serta sudah bersedia mengharungi alam dewasa selepas menjalani proses pembangunan sejak 16 tahun lalu.

Bagaimanapun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ‘gadis’ ini agak kurang diberi perhatian kerana tumpuan lebih diberikan kepada ‘adik-adiknya’ yang terletak di koridor selatan, utara, timur atau Sabah/Sarawak.

“Memang tidak salah tumpuan pembangunan bandar-bandar pintar dilakukan di seluruh negara tetapi sebagai bandar pintar pertama, Cyberjaya masih memerlukan perhatian seperti ‘gadis’ tadi,” kata Pengerusi Setia Haruman Sdn. Bhd., Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar.

“Cyberjaya memerlukan sentuhan baharu bagi memastikan ia mampu terus melonjak menjadi tarikan pelaburan syarikat asing dan juga tempat yang selesa untuk didiami oleh penduduk,” tambahnya.

Cyberjaya sememangnya sudah berjaya mengharungi zaman kegemilangannya tetapi ia masih memerlukan tarikan baharu bagi memastikan ia benar-benar dapat bersaing dengan bandar pintar berimpak tinggi lain seperti Dubai di Emeriah Arab Bersatu (UAE) dan Bangalore, India.

“Masanya telah tiba untuk memberi fokus semula kepada apa yang penting dan diperlukan oleh syarikat-syarikat teknologi maklumat (IT),” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Beliau berkata, Cyberjaya perlukan lebih ramai tenaga kerja berpengetahuan dan usaha menarik lebih ramai orang tinggal dan bekerja di bandar pintar ini.

Mustapa berkata, Cyberjaya mempunyai kelebihan berbanding bandar-bandar pintar lain di rantau ini seperti kemudahan prasarana rangkaian, penguasaan pelbagai bahasa dan keluasan tanah.

“Bagaimanapun, jika Cyberjaya dilupakan, ia akan menjadi seperti bandar-bandar biasa yang lain.

“Kita tidak mahu perkara seperti itu terjadi kerana kerajaan telah memperuntukkan masa, wang ringgit dan usaha yang banyak untuk membangunkan Cyberjaya sebagai katalis pembangunan Koridor Raya Multimedia (MSC),” tambahnya.

Cyberjaya memang sudah berjaya menghampiri mencapai matlamat asalnya iaitu bergelar bandar raya pintar pertama dan seterusnya konsepnya diaplikasikan untuk pembangunan bandar-bandar pintar lain di seluruh negara.

“Kami berjaya mengatasi segala masalah awal dalam pembinaan sebuah kawasan perbandaran seperti pengangkutan awam, persekolahan, perumahan, bangunan pejabat dan sebagainya,” katanya.

Kini terdapat lebih 60 syarikat multinasional, pusat data kerajaan dan swasta, pusat perhubungan pelanggan, perkhidmatan perkongsian dan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di bandar ini.

Selain itu, terdapat 600 syarikat perniagaan dan kira-kira 30,000 pekerja berpengetahuan berada di kawasan ini.

“Bagaimanapun, itu semua belum mencukupi!,” tegas Mustapa.

Katanya, di dalam era baharu pembangunan Cyberjaya menuju ke arah negara maju menjelang 2020, lebih banyak syarikat berimpak tinggi perlu diwujudkan di Cyberjaya seperti syarikat R&D dan sistem ‘backend’ syarikat perkhidmatan kewangan.

Mustapha berkata, sebagai pemaju utama Cyberjaya, Setia Haruman telah melakukan pelbagai usaha dan pelaburan bagi memastikan kejayaan bandar pintar itu.

Sebanyak 20 syarikat pembangun utama di negara ini juga dijangka akan melakukan pelaburan sebanyak RM20 bilion menjelang 2016 bagi merancakkan lagi pembangunan di kawasan itu.

Katanya, walaupun bilangan pelajar di universiti-universiti di kawasan itu semakin bertambah tetapi jumlah tenaga mahir tempatan masih belum mencukupi kerana masih banyak syarikat MNC terpaksa mengambil tenaga kerja luar.

Katanya, mungkin satu sistem pembelajaran dan latihan yang mampu memenuhi keperluan syarikat-syarikat itu perlu diperkenalkan oleh kerajaan.

Mengakhiri temu bual, Mustapha berkata: “Walau apa pun, kita tidak mahu ‘gadis cantik’ tadi dibiarkan menentukan hala tuju hidupnya sendiri kerana dia masih memerlukan bimbingan dari ibu bapa yang tersayang.”

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas