WAHYU yang diturunkan oleh Allah SWT di atas merupakan satu arahan kepada junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW untuk berhijrah dari kota Mekah ke Yathrib yang kini dikenali sebagai Madinah.
Suruhan itu merupakan satu manifestasi kepada baginda untuk memulakan satu arah tuju baharu dalam mempertahankan syariat Allah SWT, sekali gus menyebarkan syiar Islam di muka bumi ini.
Dalam setiap kronologi hijrah, Rasulullah SAW terpaksa mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran demi agama Islam tercinta.
Di samping, melaksanakan tanggungjawab baginda SAW sebagai pesuruh Allah walaupun baginda telah dijanjikan ganjaran syurga.
Tindakan itu demi umat Islam yang baginda cintai, agar mereka mendapat sinar agama itu seperti mana kita kecapi pada hari ini.
Daripada turunnya wahyu, pergerakan hijrah bermula di kediaman baginda seterusnya ke rumah Abu Bakar, lalu menuju ke Gua Thur dan berakhir di Yathrib (Madinah) yang sebelum itu dibina masjid pertama di dunia iaitu Quba.
Setiap lokasi itu menjadi saksi terhadap keringat titik peluh baginda SAW terhadap usaha hijrah yang akhirnya mendatangkan manfaat kepada agama Islam sehingga hari ini.