Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Rangka agenda pembangunan

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Isnin, 18 November 2013

Dato’ Sri Najib Tun Razak
COLOMBO 16 Nov. – Satu persidangan khas Menteri-menteri Kewangan Komanwel akan diadakan bagi membincangkan dan merangka agenda pembangunan bagi negara-negara anggota Komanwel selepas 2015, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat oleh Ketua-ketua Kerajaan Komanwel yang menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di sini, semasa Sesi Retreat petang ini membincangkan tajuk ‘Situasi Ekonomi Global’ yang memberi tumpuan kepada isu pembangunan saksama selepas 2015 di Komanwel.

“Walau bagaimanapun, tarikh persidangan itu belum diputuskan lagi,” katanya kepada wartawan Malaysia selepas merasmikan Pusat Setempat (OSC) bagi memproses permohonan visa Malaysia (VFM).

Najib berkata, dalam Sesi Retreat hari ini, ketua-ketua kerajaan Komanwel telah membincangkan dengan lebih lanjut isu-isu yang disentuh pada hari pertama semalam berhubung pembangunan saksama di negara-negara anggota Komanwel selepas 2015.

“Ketua-ketua kerajaan Komanwel saling menyokong antara satu sama lain ketika membincang isu pembangunan saksama, dengan membuat pelbagai cadangan dan mengemukakan pandangan tentang pentingnya usaha menghapuskan kemiskinan, pendidikan dan perubahan iklim,” katanya.

Najib berkata, dalam komunike yang diluluskan hari ini turut disentuh soal perlu ditetapkan sasaran alaf baru 2015 dan peranan yang perlu dimainkan oleh CHOGM selepas 2015.

“Dalam hal ini kesemua 53 negara anggota Komanwel boleh memainkan peranan masing-masing bagi membantu membuat keputusan dan menetapkan hala tuju bagi Komanwel selepas 2015,” katanya.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas