Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog OIC mahu saluran komunikasi dibuka dengan Myanmar

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Isnin, 18 November 2013

YANGON 16 Nov. – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mahu saluran komunikasi dibuka secara langsung dengan kerajaan Myanmar bagi menjalinkan bekerjasama dan menyumbang kepada program sosioekonomi di negara ini.

Setiausaha Agung OIC yang mengetuai delegasi ke Myanmar, Ekmeleddin Ihsanoglu berkata, langkah itu perlu ekoran isu pencabulan hak asasi etnik Rohingya dan penduduk Islam lain di negara ini akibat konflik etnik dan agama yang berlaku sejak kebelakangan ini.

Selain perbincangan secara terbuka, Ekmeleddin menegaskan, OIC dan Myanmar perlu bekerjasama dalam mempromosikan kepentingan hak asasi manusia demi kebaikan semua pihak.

Jelasnya, beliau bersama tujuh lagi wakil OIC, termasuk Malaysia, telah mengadakan pertemuan dengan Timbalan Presiden Myanmar, Sai Mauk Kham dan Timbalan Speaker Parlimen, Nanda Kyawswaron di Naypydaw pada Khamis lalu bagi membincangkan kerjasama tersebut.

“Saya menghargai langkah yang diambil kerajaan Myanmar untuk berubah ke arah negara demokrasi dan OIC juga mahu menyelesaikan isu di negara ini secara aman serta membantu kesemua pihak.

“Pertemuan pada Khamis lalu menunjukkan tanda positif selepas kedua-dua pihak bersedia untuk bekerjasama menyelesaikan beberapa isu besar termasuk nasib umat Islam di Rakhine,” jelasnya.

Dalam pada masa sama, Ekmeleddin menegaskan, OIC mahu bantuan kemanusiaan diagihkan secara adil kepada semua penduduk yang terjejas, terutamanya di negeri Rakhine, tanpa berlaku sebarangan unsur diskriminasi.

Katanya, OIC turut menekankan tentang kepentingan sikap saling percaya antara kedua-dua pihak dan membina keharmonian dalam masyarakat yang berbilang agama.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas