Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Mursi ‘keluar’ dari tahanan

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Rabu, 6 November 2013

KAHERAH 4 Nov. – Selepas kira-kira empat bulan ditahan di lokasi rahsia, bekas Presiden Mesir, Mohamed Mursi, hari ini dibawa ke sebuah akademi polis di sini untuk dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kaherah atas dakwaan mencetuskan keganasan dan pembunuhan.

Imej yang diambil dari TV negeri Mesir menunjukkan bekas Presiden Mesir Mohamed Morsi di mahkamah di Kaherah pada November 4, 2013.
 Ia merupakan kemunculan pertama Mursi di khalayak umum sejak beliau digulingkan dalam satu rampasan kuasa oleh tentera pada 3 Julai lalu.

Jika didapati bersalah, Mursi yang merupakan Presiden Mesir pertama dipilih oleh rakyat, mungkin berdepan hukuman mati.

Menurut agensi berita MENA, Mursi dibawa ke akademi polis tersebut dengan helikopter.

Mursi didakwa bersama-sama 14 anggota kanan pergerakan Ikhwanul Muslimin yang dibawa dari penjara di selatan Kaherah dengan kereta berperisai polis.

Mereka menghadapi tuduhan mencetuskan keganasan berhubung kematian berpuluh-puluh orang dalam pertempuran di luar Istana Presiden pada Disember lalu selepas Mursi cuba meluaskan kuasa pentadbirannya.

Perbicaraan tersebut meningkatkan kebimbangan keadaan ketidakstabilan di negara ini akan bertambah buruk.

Sementara itu, Ikhwanul Muslimin berkata, pihaknya tidak akan menghiraukan tindakan tegas pasukan keselamatan dan akan meneruskan tunjuk perasaan untuk memberi tekanan kepada tentera supaya mengembalikan kuasa pentadbiran negara kepada Mursi.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas