Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog 4,500 lukisan curi bernilai RM4.05 bilion zaman Nazi ditemui

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Rabu, 6 November 2013

BERLIN 4 Nov. – Hampir 4,500 lukisan bernilai kira-kira AS$1.3 bilion (RM4.05 bilion), termasuk hasil seni artis terkenal, Pablo Picasso dan Henri Matisse yang dicuri semasa pemerintahan Nazi, ditemui di sebuah flat di Munich, Jerman, dedah majalah Focus.

Sebuah lukisan karya Pablo Picasso, antara 4,500 lukisan yang ditemui di sebuah flat di Munich yang dicuri pada zaman pemerintahan Nazi.
Majalah mingguan Jerman itu mendedahkan bahawa kesemua lukisan berkenaan ditemui dua tahun lalu, selepas polis menyerbu rumah anak seorang pengumpul seni, Hildebrand Gurlitt yang membeli semua lukisan itu sekitar 1930-an dan 1940-an.

Serbuan itu ke atas kediaman anak Hildebrand, Cornelius Gurlit itu dibuat setelah dia didakwa atas kesalahan tidak membayar cukai.

Ketika serbuan itu, pihak berkuasa menemui lukisan-lukisan berkenaan disembunyikan antara balang jem dan sampah di dalam sebuah bilik gelap selama lebih setengah abad.

Namun, Cornelius yang merupakan seorang penganggur, dipercayai telah menjual beberapa buah lukisan itu untuk meneruskan hidupnya.

Bapanya, Hildebrand memiliki lukisan-lukisan berkenaan kerana khidmatnya diperlukan oleh tentera Nazi disebabkan memiliki kepakaran dalam bidang seni dan mempunyai ramai kenalan.

Joseph Goebbels, Menteri Propaganda yang dilantik pemerintah Jerman ketika itu, Adolf Hitler, memberi tugas kepada Hilderbrand untuk mengeksport hasil seni yang dianggap sebagai ‘kualiti merosot’ oleh Parti Nazi.

Antara lukisan yang dirampas oleh polis Jerman itu ialah lukisan yang dihasilkan pelukis tempatan, Emil Nolde, Franz Marc, Max Beckmann dan Max Liebermann.

Agensi berita DPA melaporkan, pihak berkuasa di Ausburg, yang mengendalikan kes terbabit dipercayai menyimpan lukisan-lukisan itu di stor simpanan pihak kastam di Munich.

Pihak Nazi merampas karya-karya seni di Jerman dan seluruh Eropah secara besar-besaran sebelum dan semasa Perang Dunia Kedua dengan memaksa pemilik mereka menjual lukisan mereka pada harga murah.

Kira-kira 100,000 lukisan, seni, permaidani dan barangan antik milik orang Yahudi di Perancis dirampas antara 1940 dan 1944 oleh tentera Jerman, selain melucutkan hak-hak mereka mengikut undang-undang perkauman yang dikuatkuasakan oleh Hitler.

Selepas perang tamat, beribu-ribu karya seni yang dirampas itu telah dikembalikan kepada pemilik atau waris mereka, namun masih banyak lagi hasil seni yang tidak dijumpai.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas