Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog KL cadang kerjasama perkhidmatan awam peringkat ASEAN

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Selasa, 12 November 2013

Tan Sri Dr. Ali Hamsa
PUTRAJAYA 9 Nov. – Kerjasama antara perkhidmatan awam Malaysia, Singapura dan Brunei akan diperluaskan ke lebih banyak negara, malah meliputi semua negara ASEAN.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, perkhidmatan awam Malaysia boleh berbincang dan berkongsi pengalaman dengan banyak negara serantau melalui kerjasama tersebut.

“Kita telah memulakan perbincangan dengan Indonesia dan India. Untuk India, satu memorandum persefahaman tentang kerjasama dalam perkhidmatan awam akan dimeterai pada 25 November nanti.

“Saya melihat sudah tiba masanya untuk kita mewujudkan perbincangan antara perkhidmatan awam peringkat serantau iaitu antara negara-negara ASEAN.

“Usaha seperti ini boleh dijayakan melalui kerjasama dengan Wisma Putra terutamanya semasa Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN pada 2015 nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri seminar bersama pemimpin perkhidmatan awam Malaysia dan Singapura di sini hari ini.

Sebanyak 37 pegawai kanan dari Malaysia dan 20 dari Singapura menyertai seminar itu yang turut dihadiri Ketua Perkhidmatan Awam Singapura, Tan Sri Peter Ong.

Selain menyertai seminar tentang transformasi perkhidmatan awam, pegawai kanan dari kedua-dua negara turut menyertai pertandingan persahabatan boling dan golf pada sebelah petang.

Dalam perkembangan lain, Ali berkata, penggunaan bahasa Melayu dalam perkhidmatan awam tidak menjadi isu kerana semua urusan surat-menyurat dan mesyuarat telah menggunakan bahasa kebangsaan.

Beliau berkata, pihaknya bagaimanapun mengambil berat tentang kualiti bahasa Melayu, khususnya dalam aspek tatabahasa yang dikatakan belum mencapai standard sepatutnya.

“Kita akan melihat perkara ini dan institut latihan berkenaan boleh memainkan peranan untuk meningkatkan penguasaan tatabahasa, tindakan juga boleh diambil di peringkat kementerian atau jabatan,” katanya.

Seorang pakar bahasa dari Dewan Bahasa dan Pustaka dilaporkan menasihatkan supaya kualiti bahasa Melayu, khususnya tatabahasa dalam sektor awam dipertingkatkan.

Sementara itu, Ali berkata, Unit Integriti yang bertanggungjawab mengurus isu-isu integriti akan dapat ditubuhkan di semua kementerian menjelang awal tahun depan.

“Kita telah mulakan dengan semua agensi penguatkuasaan dan menjelang Januari, semua kementerian akan mempunyai Unit Integriti,” katanya.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas