Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Kerajaan beri jaminan bertindak terhadap Comango

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Rabu, 13 November 2013

Datuk Seri Jamil Khir Baharom
KUALA LUMPUR 11 Nov. – Kerajaan memberi jaminan tidak teragak-agak mengambil tindakan ke atas mana-mana anasir yang cuba menjejaskan keharmonian dan mencabar Perlembagaan Persekutuan termasuk Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango).

Sambil menyifatkan tuntutan Comango sebagai pencabulan kepada Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Islam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, tindakan akan diambil mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Dalam masa sama, beliau turut mengesahkan pertubuhan Sisters In Islam (SIS) bersekongkol dengan Comango antaranya bagi menuntut kebebasan murtad; orientasi seks; lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta kesamarataan antara agama.

“Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama jabatan agama negeri serta agensi penguat kuasa lain akan bersama-sama mengatur langkah dan strategi bagi mencegah aliran pemikiran yang bertentangan dengan Islam daripada berleluasa.

“Pemantauan terhadap individu atau kumpulan yang terlibat dengan pemikiran menyeleweng dan terkeluar daripada syariat Islam ini akan dimantapkan,” katanya ketika menggulung sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 di Dewan Rakyat hari ini.

Mengenai kalimah Allah, Jamil Khir sekali lagi mengulangi pendirian kerajaan kalimah suci tersebut hanya eksklusif untuk umat Islam sebagaimana diwartakan di bawah P.U (A) 15/82 dan Pekeliling Kementerian Dalam Negeri 1986.

Menurutnya, menerusi pekeliling itu, kerajaan berkuasa menyekat penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam supaya masyarakat berbilang bangsa di negara ini tidak berada dalam keadaan saling mencurigai dan membenci antara satu sama lain.

“Soal ini (kalimah Allah) telah dipertimbang dan diputuskan pihak mahkamah. Jadi semua pihak mestilah menghormati segala keputusan yang telah dibuat mahkamah kerana di situ tempat pertimbangan setiap perkara yang menjadi pertikaian,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, kerajaan kini di peringkat akhir menjadikan Mahkamah Syariah kepada lima tingkat iaitu Mahkamah Rendah Syariah; Mahkamah Tengah Syariah; Mahkamah Tinggi Syariah; Mahkamah Rayuan Syariah dan Majlis Rayuan Syariah.

Selain itu, katanya, kerajaan kini juga sedang mengkaji menaikkan kadar hukuman di Mahkamah Syariah kepada tiga tahun penjara, denda sebanyak RM5,000 dan enam kali sebatan kepada kadar hukuman yang lebih tinggi.

“Jika perkara ini dapat direalisasikan bakal membawa rahmat kepada umat Islam dan Mahkamah Syariah untuk menjadi lebih baik pada masa hadapan,” katanya.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas