Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Jadi peladang yang progresif – PM

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Selasa, 12 November 2013

KUANTAN 9 Nov. – Datuk Seri Najib Tun Razak mahu golongan peladang, penternak dan nelayan di seluruh negara menjadi lebih progresif dengan menggunakan pendekatan inovatif dan kreatif untuk melonjakkan pendapatan mereka.

Menurut Perdana Menteri, dengan ini golongan tersebut tidak boleh lagi bergantung kepada pemikiran, kaedah dan teknologi sedia ada yang statik kerana berada di takuk lama, bermakna mereka semakin ke belakang.

“Justeru, kita mesti memahami segalanya harus berubah bermula daripada menggunakan benih lebih baik berasas pembangunan dan penyelidikan (R&D), baja yang boleh menjamin hasil bertambah, di samping menggunakan teknologi terkini.

“Berfikiran inovatif bukanlah hak mutlak para saintis sahaja. Kita sebagai petani biasa juga boleh menunjukkan kemampuan untuk bersikap lebih inovatif dan kreatif dan dengan itu, menepati tema petani yang progresif,” katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 2 di sini hari ini.

Sambutan bertemakan ‘Agroteknologi Pemangkin Transformasi Agropreneur’ itu berlangsung selama lapan hari dan berakhir 15 November ini.

Hadir sama, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan timbalannya, Datuk Tajuddin Abdul Rahman serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif.

Dalam pada itu, Najib berkata, antara langkah yang boleh dilakukan ke arah itu ialah dengan mengeluarkan sesuatu produk dengan kos lebih murah dan menggunakan sumber secara optimum.

Malah, yang lebih baik, kata Perdana Menteri, adalah mengeluarkan produk atau perkhidmatan yang tidak ditawarkan pihak lain.

“Kalau pembeli melihat ada kelainan dan nilai tambah pada produk kita, maka sudah tentu sambutan yang diterima akan lebih baik,” jelasnya.

Tambah Najib, yang ketiga, para peladang, penternak dan nelayan mesti menerokai pasaran baharu dan sebab itu penting untuk mendekatkan pengeluar dengan pembeli.

Menurutnya, jika produk hanya dijual di depan kampung, masakan dapat pengguna yang mempunyai kuasa beli yang tinggi berbanding sekiranya dijual di pasar raya besar atau di Lembah Klang.

“Malah, lebih baik lagi jika kita dapat menerokai pasaran di peringkat rantau ini atau global kerana penambahan kuasa beli pengguna itu akan berlaku lonjakan berganda dan dengan ini, pendapatan para petani akan bertambah dengan ketara.

“Kalau di takuk lama, kita tanam durian untuk pasaran sekitar sahaja, harganya mungkin RM1 sekilogram, maka macam mana nak dapat pendapatan lumayan? Tapi jika dapat dipasarkan ke Singapura yang cukup menggemari durian, mungkin daripada RM1 sekilogram boleh dapat RM8 sekilogram. Inilah yang kita sedang usahakan,” ujarnya.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas