Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Halang ekstremis kuasai politik

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Rabu, 13 November 2013

Dato’ Sri Najib Tun Razak
PUTRAJAYA 11 Nov. -Perdana Menteri menyeru semua pihak supaya tidak membiarkan golongan yang mewakili suara ekstremis mendominasi sistem politik secara berterusan bagi mengelakkan wujudnya konflik berpanjangan.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sudah tiba masanya untuk golongan majoriti senyap bangun menentang sebarang bentuk keganasan dengan cara menolak fahaman ekstremis.

Beliau berkata, ini selaras dengan penubuhan Gerakan Kesederhanaan Global yang mahukan golongan majoriti senyap bersatu menentang ekstremis dan menyokong pendekatan bukan keganasan dalam menyelesaikan konflik.

“Bagaimanapun, tindakan secara bijaksana dalam menangani golongan ekstremis ini perlu dilakukan kerajaan kerana dibimbangi kesan yang lebih buruk akan berlaku.

“Membunuh mana-mana pemimpin kumpulan ekstremis bukan penyelesaian terbaik sebaliknya dengan mengenal pasti mengapa mereka bertindak sedemikian dan kita tidak seharusnya takut untuk menggunakan kaedah nasihat atau pujukan bagi menghadapi golongan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Persidangan Dialog ke Atas Kepelbagaian Diplomasi dan Keamanan anjuran ASEAN Peace And Reconciliation Council (APRC) dan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) di sini hari ini.

Yang turut hadir bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Pengerusi APRC, Dr. Surakiart Sathirathai.

Najib berkata, Malaysia sering menyuarakan kebimbangan berhubung keganasan akibat konflik berterusan antaranya sengketa antara penganut Buddha dengan umat Islam di Myanmar.

“Kami amat berharap pihak-pihak bertelagah memilih untuk berdialog bagi menyuarakan perbezaan pendapat mereka,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, perubahan landskap media tanpa kawalan merupakan antara cabaran baharu dalam perhubungan antarabangsa yang perlu dihadapi oleh kerajaan pada masa kini.

Katanya, kemunculan blog yang beroperasi tanpa sekatan menguatkan lagi cabaran yang dihadapi kerajaan dalam menangani pelbagai isu diplomasi dicetuskan oleh para blogger terutamanya melibatkan negara lain.

Sambil merujuk pendedahan yang dibuat oleh pemberi maklumat perisikan, Edward Snowden mengenai risikan yang dibuat Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan Suruhanjaya Tinggi Australia di negara ini, beliau berkata, kenyataan tersebut memberi kesan buruk terhadap perhubungan antarabangsa.

“Perubahan landskap media bukan sahaja mengubah perhubungan antarabangsa malah memberi kesan terhadap konsep diplomasi senyap yang diamalkan sebelum ini,” katanya.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas