Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Haiwan sebagai pemimpin?

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Isnin, 18 November 2013

DUNIA politik sememangnya penuh warna dan bencana. Atas kepentingan peribadi mahupun kelompok akan ada usaha untuk menidakkan hak rakyat.

Rakyat pula terpaksa menjadi mangsa akibat ketamakan politikus dan juga sekelompok kapitalis yang cuba mengabui mata rakyat dengan pelbagai cara.

Akhirnya apabila rakyat tahu tentang kesilapan yang sengaja dilakukan maka mereka bangkit menentang sistem yang menindas.

Namun bukan semua rakyat bangkit melalui rusuhan, tunjuk perasaan dan sebagainya yang kebanyakan hanya merugikan.

Ada yang memilih untuk menunjukkan protes dengan cara yang unik. Mereka memilih haiwan sebagai pemimpin bagi menyatakan bantahan.

Memang pelik bunyinya tetapi manusia apabila sampai ke satu tahap, pelik bukan lagi satu perkara yang diendahkan atau dijadikan ukuran.

Pernah satu masa akibat marah dengan kezaliman dan tindakan kerajaan Amerika Syarikat, rakyatnya memilih seekor khinzir sebagai antara calon Presiden mereka.

Memang pelik bunyinya tetapi kejadian berlaku pada tahun 1968 sebagai satu tindakan sinis yang dilakukan oleh Youth International Party (Yippies) sebelum bermulanya Konvensyen Demokratik Kebangsaan, ketika era woodstock melakari sejarah negara itu.

Bagaimanapun khinzir berkenaan yang diberi nama Pegasus ditangkap oleh pihak berkuasa bersama anggota Yippies yang cuba bertindak ganas.

Memang pelik namun kebanyakan tokoh dan penganalisis politik melihat perkara itu sebagai ‘saat paling menakjubkan dalam opera politik negara itu’.

Namun 10 tahun sebelumnya Brazil mencipta fenomenanya tersendiri apabila rakyat memilih seekor badak sumbu sebagai ahli majlis bandaran sebelum pihak berkuasa membatalkan keputusan tersebut.

Kini seolah-olah pemilihan haiwan untuk jawatan politik menjadi kebiasaan di beberapa negara.

AS misalnya menjadi antara negara paling banyak haiwan terpilih sebagai pemimpin. Mungkin kerana sudah bosan dengan politik dalaman yang kelihatan di luar cantik tetapi dalamnya sangat bercelaru dan korup, akhirnya rakyat membuat keputusannya sendiri.

Mungkin politik sebegini bukan sesuatu yang boleh diamalkan terutama bagi orang Islam apatah lagi di negara ini.

Seteruk mana keadaan politik itu kita tidak boleh menafikan semua itu adalah akibat kesilapan manusia sendiri. Hanya manusia yang boleh menyelesaikan masalah yang mereka cipta dan bukan berharap kepada haiwan sebagai jalan penyelesaian.

Namun adalah sesuatu yang biasa jika ahli politik itu sendiri berkelakuan dan bertindak tidak lebih umpama seekor haiwan!

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas