Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog GST sumbang RM21 bilion

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Ahad, 24 November 2013

SHAH ALAM 21 Nov. – Jabatan Kastam Diraja Malaysia menjangka untuk mengutip tambahan RM5 bilion hingga RM6 bilion dalam cukai setahun sebaik sahaja cukai barang dan perkhidmatan (GST) dikuatkuasakan pada 2015.

Antara barangan asas yang dikecualikan cukai barang dan perkhidmatan ialah beras, gula, garam, tepung, minyak masak, kacang dal, rempah ratus, ikan masin, cencaluk, budu dan belacan. – GAMBAR HIASAN
Timbalan Pengarah Kanan (Bahagian GST), Mohd. Sabri Saad, berkata GST akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sekarang, yang menyumbang antara RM16 bilion dan RM17 bilion dalam pendapatan kepada kerajaan setiap tahun.

Beliau berkata, pada keseluruhannya GST dijangka menyumbang kira-kira RM21 bilion kepada kerajaan.

“Perlaksanaan itu sepatutnya tidak membebankan rakyat kerana ia bukan cukai baharu tetapi menggantikan SST. Hanya barang dan perkhidmatan yang tidak dicukai sebelum ini akan mendapat kesan satu kali dari segi harga,” kata Mohd Sabri.

Mohd Sabri berkata demikian kepada pemberita selepas taklimat GST oleh Kastam Diraja Malaysia, Wilayah Persekutuan untuk media dan wakil daripada Persatuan Pengguna Malaysia dan persatuan artis Seniman.

Beliau berkata selepas perlaksanaan GST, Indeks Harga Pengguna (IHP) dijangka meningkat sedikit.

Sebagai sebahagian daripada program reformasi cukai kerajaan, GST adalah lebih cekap, berkesan, mesra perniagaan, telus dan berupaya menjana lebih banyak sumber perolehan yang stabil, kata beliau.

Mengenai isu peningkatan harga akibat pengambilan untung, Ahmad Sabri berkata, kerajaan akan menggunakan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010 untuk mengekang masalah ini.

“Program kesedaran akan dilaksanakan ke atas GST dan bimbingan pembeli akan dikeluarkan tiga bulan sebelum pelaksanaan GST,” katanya.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

{ 1 komen... teruskan membaca atau tambah komen }

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas