Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog 4 ahli MT dilantik wakili sayap

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Ahad, 24 November 2013

Dato’ Sri Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR 21 Nov. – Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelantikan empat ahli Majlis Tertinggi (MT) yang baharu bagi mewakili sayap Wanita, Pemuda dan Puteri.

Menurutnya, lantikan yang dibuat mengikut Perlembagaan parti itu melibatkan Naib Ketua Wanita, Datuk Azizah Mohd. Dun; Penolong Setiausaha Wanita, Datuk Rosni Sohar; Naib Ketua Pemuda, Khairul Azwan Harun dan Naib Ketua Puteri, Zahida Zarikh Khan.

Beliau berkata, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Bendahari UMNO, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah dan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan kekal memegang jawatan yang disandang sebelum ini.

“Kita juga mengambil keputusan supaya kesemua Menteri Besar dan Ketua Menteri dijemput untuk turut hadir dalam MT supaya mereka dapat memberi pandangan.

“Mengikut Perlembagaan parti, Presiden mempunyai kuasa melantik sembilan lagi ahli MT tambahan. Nama-nama mereka akan diumumkan awal minggu depan, tidak malam ini,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat MT UMNO di Ibu Pejabat UMNO, Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini.

Yang turut hadir, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Ketua Puteri UMNO, Mas Ermieyati Shamsuddin dan Tengku Adnan.

Najib turut mengumumkan pelantikan Pengerusi Badan-badan Perhubungan UMNO negeri.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, UMNO menubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang dipengerusikan Muhyiddin bagi meneliti cadangan penambahbaikan terhadap proses pemilihan UMNO.

“Jawatankuasa tersebut ditubuhkan untuk menerima cadangan penambahbaikan tanpa mengorbankan prinsip fundamental iaitu pemilihan dilakukan oleh bilangan ahli yang ramai,” ujarnya.

Selain itu, menurut Najib, sebuah lagi jawatankuasa khas yang dipengerusikan Datuk Seri Azmi Khalid diwujudkan bagi meneliti segala bantahan berkaitan proses pemilihan parti baru-baru ini.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas