Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Felda barisan hadapan kemajuan negara – Najib

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Ahad, 24 November 2013

KUALA LUMPUR 21 Nov. – Datuk Seri Najib Tun Razak mahu melihat Felda meneruskan kesinambungan perjuangan sejak 57 tahun lalu sebagai barisan hadapan dalam arus kemajuan negara.

Perasmian Konvensyen Generasi Felda 2013 oleh Dato’ Sri Najib Tun Razak di Kuala Lumpur.
Perdana Menteri berkata, perjalanan Felda masih belum berakhir malah peranannya dalam menyumbang ke arah pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara maju mesti disambung dan diteruskan.

“Itu adalah kerana kita bukan lagi sebagai sebuah negara yang mempunyai cita-cita yang sederhana tetapi mengimpikan satu kisah di mana satu hari nanti kita akan menjadi sebuah negara maju.

“Saya ingin melihat Felda ini sebagai satu komuniti di barisan hadapan dalam kemajuan negara,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Generasi Felda 2013 di Dewan Perdana Felda di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim; Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad; Pengarah Besar Felda, Datuk Faizoull Ahmad; Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV), Dr. Mohd. Emir Mavani Abdullah dan Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Anuar Abdul Manap.

Lebih 1,500 warga Felda dari seluruh negara menghadiri konvensyen tersebut yang antaranya bertujuan memberi maklumat sebenar tentang kepimpinan negara berkaitan transformasi dari segenap aspek dan pandangan supaya lebih difahami serta diterjemahkan dengan baik kepada masyarakat.

Najib turut menegaskan komitmen kerajaan untuk terus membangunkan komuniti Felda sebagai tanda penghargaan atas kepercayaan mereka kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Menurut beliau, tumpuan akan diberikan kepada generasi kedua peneroka Felda khususnya dari segi penyediaan peluang mengikuti latihan kemahiran selepas mereka menamatkan pendidikan peringkat sekolah menengah.

“Banyakkan lagi peluang latihan kemahiran, jangan lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja. Mereka hendaklah diberi peluang, kalau tidak dapat memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA), sekurang-kurangnya masuk sekolah vokasional, politeknik atau GiatMara,” ujarnya.

Najib menambah, menerusi pelbagai peluang latihan kemahiran yang disediakan itu, generasi kedua peneroka Felda akan memainkan peranan lebih baik sebagai generasi yang mencerminkan transformasi komuniti berkenaan.

Mengimbau kembali perjalanan Felda sejak 57 tahun lalu, Najib menyifatkan kejayaan badan itu yang bermula sebagai agensi pengurusan tanah rancangan kepada salah satu konglomerat terbesar di dunia sukar ditiru negara-negara lain di dunia.

“Kejayaan Felda dalam proses transformasi bunyinya senang. Kalau senang, mengapa negara lain tidak boleh mengikut jejak langkah Felda.

“Saya selalu bertanya kenapa setelah kita memberi taklimat kepada mereka di dalam dan luar negara, saban kali mereka datang kita beri taklimat tentang Felda, kita hantar rombongan ke luar negara tetapi tiada sebuah negara lain pun yang dapat mengikut contoh kejayaan Felda dalam proses transformasi,” katanya.

Beliau memberitahu, Felda juga berjaya dalam usaha membasmi kemiskinan dalam kalangan warga peneroka memandangkan hampir keseluruhan mereka kini digolongkan dalam kumpulan berpendapatan sederhana.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas