Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Dr. Mahathir tidak tahu cubaan jatuhkan Abdul Gani

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Rabu, 13 November 2013

Tun Dr. Mahathir Mohamad
PUTRAJAYA 11 Nov. – Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan beliau tidak tahu menahu mengenai adanya cubaan untuk menjatuhkan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Beliau berkata, sehingga kini beliau belum belum menerima atau membaca perakuan bersumpah bekas Pengarah Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim berhubung perkara itu.

Katanya, sebelum ini beliau hanya mendengar terdapat dua ejen perisikan Amerika Syarikat (AS) di Pejabat Peguam Negara, namun tidak memiliki sebarang bukti berhubung perkara tersebut.

“Saya tidak tahu menahu berhubung plot untuk menggulingkan Abdul Gani dan saya tidak pernah melihat mahu pun membaca perakuan bersumpah yang dimaksudkan, jadi saya tidak bersedia untuk mengulas perkara ini, selepas mendapat maklumat yang tepat saya akan beri kenyataan.

“Mengenai dua ejen perisikan AS di Pejabat Peguam Negara, mungkin ada dan mungkin tiada kerana saya hanya mendengar dan tiada bukti berhubung perkara tersebut, jadi Abdul Gani perlu menjawab sendiri berhubung isu ini,” katanya dalam sidang akhbar bersempena Naza World Cup Asian Paintball (NWCA) 2013 di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Lempaga Pembagunan Langkawi (LADA), Tan Sri Khalid Ramli, Pengerusi AKR Event, Syed Mohd. Johan Rizal Syed Unan Mashri dan Ketua Pegawai Operasi AKR Event, Syed Sherezal Syed Nong Shahabudin.

Dr. Mahathir berkata demikian bagi mengulas pendedahan Mat Zain dalam perakuan bersumpah bahawa terdapat pertemuan pada 10 Ogos lalu di rumah beliau di Seri Kembangan, Selangor bagi membincangkan isu salah laku Abdul Gani.

Memetik laporan portal berita themalaysianinsider, dalam perakuan bersumpah tersebut, Mat Zain turut mengaitkan dua individu lain iaitu peguam terkemuka, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah dan bekas Setiausaha Politik Dr. Mahathir, Matthias Chang.

Sementara itu, mengulas mengenai NWCA 2013 yang akan diadakan di Langkawi pada 14 hingga 17 November ini, Dr. Mahathir berkata, acara tersebut akan memperkenalkan lagi pulau bersejarah negara itu kepada pelancong asing.

“Dengan adanya acara seumpama ini, lebih ramai pelancong asing mahu pun tempatan akan mengunjungi Pulau Langkawi, jadi saya berharap selepas ini lebih banyak program terutamanya di peringkat antarabangsa dianjurkan di pulau berkenaan,” katanya yang juga merupakan Penaung NWCA 2013.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas