Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Bermula dari bawah

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Selasa, 12 November 2013

TIDAK banyak catatan rasmi menceritakan secara tepat asal-usul nasi kandar yang kini menjadi sebahagian budaya hidup masyarakat.

KEBIASAANNYA kedai nasi kandar sudah sibuk seawal pagi.
Apa yang pasti ia bermula di Pulau Pinang ekoran daripada kedatangan golongan India Muslim dari wilayah-wilayah selatan India ke Tanah Melayu pada kurun ke-16.

Ketibaan mereka bukan sahaja membantu ekonomi negeri pada ketika itu tetapi turut membawa bersama budaya termasuk makanan seperti nasi kandar.

Daripada nasi untuk hidangan di rumah, ia dibawa keluar untuk diniagakan secara kecil-kecilan. Di letak di dalam bakul sebelum digalas, peniaga kecil-kecilan itu akan bergerak ke kawasan tumpuan ramai seperti di pelabuhan atau kawasan-kawasan teduh seperti di bawah pokok yang memudahkan orang ramai membeli dan menikmati nasi tersebut.

Di sebalik pelbagai pilihan lauk yang dapat disaksikan hari ini, hidangan nasi kandar asal sebenarnya sangat ringkas iaitu nasi dengan lauk daging masak kicap, telur rebus dan bendi.

Daripada serendah 20 sen satu ketika dahulu, ia kini dijual sehingga RM10 sepinggan bergantung kepada jenis dan bilangan lauk.

Restoran nasi kandar yang disaksikan hari ini juga menyimpan 1,000 satu kisah dan jerih perih pengusahanya dalam memajukan perniagaan mereka.

Ramai daripada mereka memulakan perniagaan dari bawah, di celah bangunan, di bawah pokok dan sebagainya.

Restoran Nasi Kandar Pokok Ketapang yang diusahakan oleh Othman Gani sejak 1959 menjadi sebahagian daripada kisah itu.

Cucunya, Omar Farook Mohamed Jameel berkata, tanggal 1 Mac 1959 merupakan detik sejarah bagi Nasi Kandar Pokok Ketapang.

Jelasnya, pada detik itulah datuknya memulakan perniagaan dengan harapan mencari sumber pendapatan bagi menyara keluarga.

“Datuk yang pada mulanya hanya mencuba nasib menjual nasi di bawah pohon ketapang itu akhirnya pulang dengan senyuman penuh bermakna ekoran memperolehi pulangan di luar jangkaan.

“Hari pertama, datuk pulang dengan wang sebanyak RM3.30 iaitu satu jumlah yang agak besar dan sejak itu datuk tekad untuk terus menjual nasi di situ.

“Malah semakin hari, nasi yang dijual datuk mendapat perhatian orang ramai dan oleh kerana tiada nama atau tanda perniagaan, pokok ketapang itu sebagai rujukan bagi mereka yang mahu membeli nasi dijual datuk sehingga akhirnya lekatlah nama Nasi Kandar Pokok Ketapang sehingga ke hari ini,” katanya.

Bagaimanapun jelas Omar Farook, perniagaan itu berpindah pada 2000 apabila tapak di bawah pokok ketapang dibangunkan hotel.

Sementara itu pewaris generasi ketiga Nasi Kandar Ali Ameer di Jelutong, Mohamed Ali Ameir, 34, perpindahan ke tapak baru menyebabkan mereka terpaksa melupakan kaedah tradisi ‘kandar’ yang menjadi simbol perniagaan mereka selama ini.

“Di tapak kedai lama dahulu, kami hanya menyewa ruang kecil dan tidak ada tempat untuk memasak. Jadi lauk-pauk dan nasi di masak di rumah yang terletak kira-kira 500 meter dari lokasi perniagaan.

“Semua makanan itu dibawa dengan cara kandar tetapi di premis baharu, lauk dan nasi di masak di kedai,” katanya.

Bagaimanapun, beliau yang menguruskan perniagaan itu bersama dua abangnya, Abdul Alim Ameir, 50, dan Anvar Ali Ameir, 42 , berkata, mereka mungkin akan kembali melakukan rutin itu suatu hari nanti.

” Secara purata, kami menjual sekitar lapan gantang beras setiap hari,” katanya.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas