Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Azab orang mengamalkan riba cukup dahsyat

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Khamis, 28 November 2013

TIDAK dinafikan, sudah diketahui umum, syirik adalah dosa terbesar di dalam Islam. Ia disebutkan dengan jelas dari ayat ertinya, “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan barang siapa yang mensyirikkannya, dan (Allah) akan boleh mengampunkan dosa-dosa yang lebih rendah dari syirik.”

Namun, setelah memikirkan berkali-kali baris-baris ayat itu, saya tidak boleh menunggu lagi kecuali mesti segera menghebahkan kepada sekalian umat berkenaan betapa dahsyatnya hukuman bagi kesalahan ini.

Ertinya, “Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang mengulangi (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.” ( Al-Baqarah : 275).

Itulah kengerian hukuman Allah SWT terhadap satu dosa selain syirik. Itulah pengamal riba setelah pengharamannya. Cuba kita sama-sama menghayati petikan penutup ayat di atas ertinya, ” Orang yang mengulangi (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.”

Imam Ibn Kathir ketika mentafsirkan lafaz ini menyebut, “Lafaz “barang siapa mengulangi” ertinya kembali terlibat dengan riba hingga terjebak dalamnya walaupun setelah datangnya hukum larangan Allah darinya, hasilnya wajiblah bagi mereka hukuman keras” (Tafsir al-Quran Al-’Azim, 1/328).

Berdasarkan dalil-dalil hadis, para ulama membuat kesimpulan bahawa setiap umat Islam yang mengucap dua kalimah syahadah, sebanyak manapun dosa yang dilakukan di atas dunia, mereka akan dihumbankan ke dalam neraka, terkurung di dalamnya untuk satu tempoh yang layak bagi dosa mereka, kemudian mereka akan dikeluarkan darinya dengan syafaat Nabi Muhammad SAW dalam keadaan mati, kemudian ditempatkan di dalam sungai kehidupan, lalu hiduplah kembali.

Semua ini dicatatkan dalam hadis. (Syarah Sohih Muslim, An-Nawawi, 3/36. Selanjutnya Imam An-Nawawi mengulas terdapat lima jenis syafaat yang diberikan kepada Nabi Muhammad SAW di akhirat kelak iaitu ( Syarah Sohih Muslim, 3/36):

1 Memberi tenang dan rehat dari hiruk pikuk mahsyar dan menyegerakan seseorang untuk masuk ke syurga. Syafaat ini khusus untuk Nabi Muhammad SAW.

2 Memasukkan seseorang ke syurga tanpa hisab, peruntukan syafaat ini juga terdapat untuk Nabi Muhammad SAW.

3 Kaum yang wajib dihumban di neraka

boleh diselamatkan oleh Nabi Muhammad SAW.

4 Mengeluarkan kaum yang sedang

diazab di neraka untuk kembali ke Syurga kecuali bagi mereka yang mati dalam keadaan kafir.

5 Peningkatan darjat di syurga agar

mendapat tahap syurga yang lebih baik.

Namun sedarkah kita dan mereka di sekeliling kita, keluarga, rakan dan lainnya bahawa, berterusan dalam dosa riba boleh menyebabkan seseorang itu dianggap menghalalkan riba setelah pengharamannya lalu jatuh kafir tatkala itu matinya mereka adalah dengan hati kekafiran hingga terkeluar dari senarai mereka yang boleh mendapat syafaat nabi Muhammad SAW.

Berhati-hatilah dan amat wajib bagi semua muslim yang meyakini ada maut untuk menjauhi riba. Kita amat bimbang, ketidakperdulian itu adalah merupakan satu keingkaran terhadap hukum haramnya.

Seterusnya boleh menjatuhkan seseorang dalam kekafiran tanpa sedar hingga melayakkan seseorang itu kekal di neraka. Nabi juga tidak mempunyai peruntukan untuk memberi bantuan (syafaat) kepada golongan sebegitu. Moga kita semua dipelihara oleh Allah SWT.

PENULIS adalah pensyarah di Kulliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dan Presiden MURSHID.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas