Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog AP kereta jadi sasaran

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Khamis, 28 November 2013

Zainuddin Abdul Rahman
Hari ini, dasar Permit Import (AP) terbuka kepada bumiputera menjadi isu yang didebatkan dengan paling terbaharu Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-Benz Malaysia Sdn. Bhd., Roland S. Folger yang mendakwa dasar AP mengakibatkan harga kereta import menjadi lebih mahal di negara ini.

Apa yang berlaku ini adalah ‘perang’ antara pemegang AP terbuka dengan AP francais iaitu syarikat-syarikat besar sama ada berstatus tersenarai persendirian atau tersenarai milik kerajaan (GLC). Perang ini begitu serius kerana kerajaan dalam usaha menarik lebih banyak pelaburan asing dalam kalangan pembuat kereta, kelihatan menuruti tuntutan MAA dan memutuskan dasar AP terbuka dihapuskan pada 2015.

Di pihak pemegang AP terbuka, tindakan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) membelakangkan matlamat asal DEB, sekali gus menamatkan pembabitan bumiputera dalam industri automotif.

Kritikan umum yang berleluasa ialah dasar AP terbuka itu hanya menguntungkan segelintir bumiputera, apatah lagi telah terbukti beberapa kes pendakwaan terhadap segelintir pemegang AP terbuka yang mengamalkan ‘ali baba’ dengan menjual AP tersebut kepada syarikat bukan bumiputera.

Realitinya, kerajaan belum mengemas kini Dasar Automotif Negara (DAN) bagi menjelaskan apakah prosedur dan kaedah hendak digunakan untuk mengimport kereta terpakai selepas 2015, di sebalik tekanan banyak pihak agar harga kereta di Malaysia diturunkan.

Untuk memahami apa yang dimaksudkan oleh Folger ialah syarikat-syarikat francais Mercedes-Benz terjejas jualannya disebabkan oleh pengimportan kereta terpakai jenama tersebut oleh pemegang AP terbuka.

Mengikut peraturan MITI, pengimportan sesebuah kereta terpakai dibenarkan bagi kereta yang berusia minimum dua tahun.

Contohnya model C-Class 250 CGI Avantgarde serba baharu dijual pada harga atas jalan RM295,888 (tanpa insurans) seunit. Nama kod bagi model generasi ketiga C-Class ini ialah W204 yang dihasilkan pada 2011. Bermakna mulai sekarang, pengimportan kereta terpakai model ini sudah bermula sekarang.

Secara umumnya, pemegang AP terbuka akan menjual kereta terpakai pada harga yang lebih rendah daripada harga serba baharu, mungkin sekitar RM190,000 hingga 200,000 seunit. Murah hampir RM100,000 berbanding serba baharu. Tidak semua ‘orang kaya’ bersedia membeli kereta serba baharu, terutama dengan hakikat faktor susut nilai tahunan yang tinggi. Golongan ini memilih untuk membeli kereta ‘recond‘.

Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) menyifatkan dakwaan Folger itu sebagai ‘sama sekali tidak tepat’.

“Faktor harga kereta import lebih mahal bukan disebabkan oleh dasar AP tetapi struktur duti import sebanyak 200 peratus yang dikenakan oleh kerajaan. Harga mahal kereta import tiada kena mengena dengan dasar AP,” kata Presiden PEKEMA, Datuk Zainuddin Abdul Rahman kepada Utusan Malaysia.

Malah, beliau berkata, penghapusan AP terbuka hanya akan mengakibatkan harga kereta meningkat kerana tanpa persaingan dalam perniagaan akan membolehkan pemegang AP francais meletakkan harga sesuka hati mereka. Kewujudan pengimport kereta terpakai juga kata beliau, memberi peluang kepada orang ramai untuk memiliki kereta idaman mereka pada harga yang mereka mampu bayar.

Tuduhan demi tuduhan yang dilemparkan terhadap pemegang AP amat mendukacitakan, seolah-olah mengancam perniagaan pemegang francais sedangkan hakikatnya, AP terbuka hanya 6 peratus atau 36,000 unit setahun daripada jumlah keseluruhan industri (TIV).

”Dasar affirmative action ini telah memberi sumbangan yang besar kepada negara dan pembangunan ekonomi bumiputera, dan tidak benar mengatakan ia hanya menguntungkan segelintir orang,” ujarnya.

Zainuddin berkata, sejak dasar AP terbuka diperkenalkan 30 tahun lalu, pihaknya telah menyediakan peluang pekerjaan kepada 78,400 orang dengan kebergantungan isi rumah seramai 313,600 orang.

Seandainya kerajaaan meneruskan hasrat untuk menamatkan AP pada 2015 kata beliau, ramai akan kehilangan mata pencarian dan tiada jaminan mereka boleh diserap ke syarikat bukan bumiputera yang mengenakan pelbagai syarat diskriminasi.

”Daripada segi hasil kepada negara, kami telah menyumbang sebanyak RM2.425 bilion dalam bentuk cukai import dan duti eksais kepada Jabatan Kastam, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan fi RM10,000 bagi seunit AP kepada MITI untuk Dana Automotif Bumiputera yang sehingga kini tidak disalurkan kepada pemegang AP.

”Kami juga telah melabur dalam industri sebanyak RM7.752 bilion seperti bilik pameran dan cawangan, bengkel baik pulih, latihan kakitangan dan sebagainya. Dari segi industri hiliran, kami menyumbang RM5.238 bilion setahun,” jelas beliau.

Zainudin berkata, angka-angka di atas jelas menunjukkan wujud kitaran ekonomi yang sihat dan membuktikan sumbangan pemegang AP kepada negara berbanding syarikat asing yang tentunya keuntungan dibawa balik ke negara asal mereka.

Pekema telah mengemukakan surat terbaharu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agar kerajaan tidak menghapuskan dasar AP terbuka yang ternyata telah memberi sumbangan kepada peningkatan usahawan bumiputera dalam sektor automotif negara.

Zainuddin menegaskan, pemansuhan AP jelas bertentangan dengan kenyataan Perdana Menteri semasa membentangkan dasar Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera pada 14 September lalu, yang menggariskan perihal Artikel 153 di dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjaga kepentingan kaum bumiputera, termasuk Melayu.

“Datuk Seri Najib menyebut bahawa Melayu dan bumiputera sebagai teras kepada agenda nasional yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa. Sesungguhnya, sebarang prakarsa bersifat nasional yang tidak mengambil kira atau mengabaikan agenda Melayu serta bumiputera, adalah tidak adil dan tidak saksama.

”Pemberhentian dasar AP terbuka boleh dilihat sebagai ancaman yang menggugat penglibatan kaum bumiputera dalam industri penjualan kereta,” kata beliau.

Artikel 153 Perlembagaan Malaysia antara lain, menggariskan perlunya menjaga kepentingan bumiputera yang lain seperti tanah rizab Melayu, biasiswa pendidikan dan kuota dalam perkhidmatan awam.

“Sebarang perubahan di dalam artikel tersebut perlu mendapat perkenan Yang di- Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja Melayu. Maka Pekema berpendirian MITI tidak berhak menukar apa-apa dalam dasar AP,” kata Zainuddin.

Persoalannya, benarkah dakwaan pemegang francais bahawa kewujudan industri kereta terpakai ini menjejaskan perniagaan mereka? Atau apakah sekadar persepsi? Apakah kerana AP terbuka dimiliki oleh kaum bumiputera maka sektor ini mudah dijadikan sasaran, berbanding AP lain yang dikuasai oleh bukan bumiputera?

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas