Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Ahli UMNO perlu elak buat kenyataan terbuka

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Isnin, 18 November 2013

PUTRAJAYA 16 Nov. – Semua ahli UMNO diingatkan agar tidak mengeluarkan secara terbuka sebarang kenyataan yang belum tentu kesahihannya bagi mengelakkan wujud perspektif tidak baik terhadap parti.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar) berkata, ingatan itu penting bagi mengelakkan wujudnya tanggapan umum bahawa ahli parti sendiri tidak yakin dengan pendekatan yang disediakan oleh parti dalam menangani setiap aduan yang dilaporkan.

”Saya harap kalau ada dakwaan lepas ini, ahli perlu mengemukakan kepada ibu pejabat kerana kita mempunyai pendekatan dan saluran khusus bagi menyiasat setiap aduan atau tuduhan yang dilaporkan itu.

”Janganlah kita mengeluarkan sebarang kenyataan yang belum tahu betul atau tidak kerana tindakan itu memberi perspektif tidak baik kepada parti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia peringkat Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed didakwa mengeluarkan kenyataan yang mempertikaikan integriti kira-kira 145,000 perwakilan UMNO di peringkat bahagian semasa pemilihan parti itu bulan lalu.

Ditanya adakah Nur Jazlan membuat laporan kepada Lembaga Disiplin UMNO berhubung isu itu, Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata, setakat ini tidak ada sebarang aduan yang dibuatnya.

”Walaupun saya tidak ada dalam Lembaga Disiplin UMNO tetapi sebagai Setiausaha Agung UMNO, saya boleh bertanya kepada lembaga.

”Saya berkeyakinan bahawa sehingga kini tidak ada laporan yang dibuat oleh Nur Jazlan,” katanya.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas