Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog 7 bakal dikenakan hukuman

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Ahad, 24 November 2013

PUTRAJAYA 21 Nov. – Kerajaan akan mengenakan hukuman berat ke atas tujuh pegawainya yang didapati terlibat melakukan kesalahan dan kecuaian seperti dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dibentangkan di Parlimen bulan lalu.

Gambar Fail: Pengerusi Pemudah Datuk Saw Choo Boon, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr. Ali Hamsa, bekas pengerusi Pemudah Tan Sri Yong Poh Kon dan Pegawai Ekonomi Bank Dunia Frederico Gil Sander semasa sidang video di Bank Dunia bagi seisi Laporan Perniagaan 2014.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, kesemua pegawai terbabit bakal dikenakan tindakan tatatertib selepas pihaknya meneliti sebanyak 24 kes yang diberi keutamaan.

Beliau berkata, daripada kes yang disiasat itu juga sebanyak 30 pegawai diberi surat tunjuk sebab bagi mendapatkan penjelasan ke atas penglibatan mereka dalam kes berkenaan.

“Sehingga 30 Oktober siasatan mendapati sembilan pegawai tidak terlibat manakala sembilan pesara akan diminta memberi surat penjelasan untuk melihat sejauh mana penglibatan atau kecuaian mereka.

“Jika siasatan lanjut mendapati mereka bertanggungjawab ke atas ketidakaturan berkenaan tindakan sivil atau jenayah akan diambil ke atas mereka, bergantung kepada jenis kecuaian atau pelanggaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan susulan yang diambil ke atas Laporan Ketua Audit Negara 2012 di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.

Menurut Ali, sebanyak 13 jawatankuasa siasatan telah dibentuk untuk menyiasat 24 kes dengan melibatkan penentuan jenis dan punca ketidakaturan, jenis pelanggaran sama ada melibatkan perbuatan jenayah atau pelanggaran tatatertib.

Selain itu, katanya, turut disiasat adalah bentuk penambahbaikan kelemahan sistem urus tadbir jika ketidakaturan itu tidak melibatkan sebarang bentuk pelanggaran.

Mengulas lanjut, katanya, kerajaan memandang serius terhadap setiap teguran dalam laporan tersebut dan telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi menyiasat sebanyak 319 teguran yang dibuat.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 81 teguran melibatkan perkhidmatan awam Persekutuan, 21 teguran bagi badan berkanun dan 217 di negeri.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas