Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Pas khianati penduduk Sungai Limau

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Khamis, 31 Oktober 2013

JERAI 28 Okt. – Ahli Parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan Pas telah mengkhianati penduduk di Sungai Limau jika benar mereka menggunakan gambar superimpose dalam risalah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, bagi menonjolkan imej positif calonnya, Mohd. Azam Abdul Samat.

Sambutan penduduk setempat diatas kehadiran Dr. Ahmad Sohaimi Lazim sebagai calon Barisan Nasional ketika seisi kempen PRK di DUN Sg. Limau, Kedah baru-baru ini.
Jamil Khir berkata, perbuatan tersebut tidak wajar dilakukan dan menunjukkan Pas dalam keadaan terdesak untuk meraih sokongan pengundi.

” Kenapa mereka perlu sampai ke tahap berbohong. Kita mungkin boleh bersetuju kalau Pas katakan Mohd. Azam sebagai anak didik Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak tetapi biarlah kena caranya,” katanya dalam sidang akhbar selepas hadir Majlis Ramah Mesra Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di sini hari ini.

Pada majlis berkenaan, beliau turut menyerahkan zakat sebanyak RM150 kepada lebih 400 penerima manakala sebanyak RM60,000 zakat sumbangan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) kepada empat Pertubuhan Peladang Kawasan (PBK) Sungai Limau turut diagihkan.

Beliau mengulas laporan Pas didakwa menggunakan gambar yang diubah suai melalui teknik superimpose dalam risalah yang diedarkan secara percuma kepada orang ramai.

Gambar superimpose berkenaan memaparkan Mohd. Azam bersama seorang lelaki yang merupakan Ketua Biro Sinar Harian Utara, Mohd. Idros Mohd. Ali bertemu dan sedang duduk berbual secara berhadapan dengan bekas Menteri Besar Kedah Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Namun gambar sebenar ialah Mohd. Idros bersama Timbalan Pengarang Berita akhbar itu, Muhamad Mat Yakim yang bertemu Azizan tiga tahun lalu dan perkara tersebut disahkan oleh akhbar berkenaan hari ini.

Bagaimanapun Pengarah Operasi Pilihan Raya Pas DUN Sungai Limau, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah berkata, kejadian itu akibat kesilapan syarikat yang membuat rekabentuk risalah berkenaan.

Jamil Khir yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebelum ini turut menyelar tindakan Pas mengeksploitasi video ahli parti itu melawat ayahnya yang sedang sakit dan menyebarkan di internet demi keuntungan politik.

Mengulas lanjut, Jamil Khir berkata, Pas bukan sahaja berbohong kepada penduduk di Sungai Limau tetapi seluruh negara yang sedang mengikuti perjalanan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas