Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Kuasa ekonomi ASEAN besar

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Khamis, 31 Oktober 2013

KUALA LUMPUR 28 Okt. – Eastspring Investments Bhd., yang melancarkan Eastspring Investment Asean al-Adiil Fund hari ini, mengintai peluang-peluang pelaburan yang semakin meningkat naik di rantau ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lynn Cheah Lee Ling berkata, rantau ini mencatat Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berjumlah AS$2.3 trilion (RM7.13 trilion), kaya dengan sumber asli, kedudukan demografi yang baik serta prospek pertumbuhan jangka panjang yang mampan.

Beliau berkata, nilai aset bersih dana itu akan dilaburkan dalam ekuiti Islam dan sukuk di rantau ASEAN, sama ada pada asas 60:40 atau sebaliknya.

“Dana berlandaskan Syariah merupakan pilihan yang baik memandangkan ia lebih berdaya tahan dan kurang turun naik dalam tempoh sederhana hingga jangka panjang,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran dana itu di sini hari ini.

Lee Ling berkata, Eastspring Investment Asean al-Adiil Fund menyasarkan pelabur runcit dengan risiko sederhananya merupakan pilihan yang baik untuk mempelbagaikan portfolio pelaburan pelabur.

Sementara itu, Ketua Pegawai Pelaburannya, Chen Fan Fai berkata, sektor yang dikenal pasti termasuk penggunaan, pembinaan, hospitaliti, penjagaan kesihatan dan sumber asli.

“Komuniti Ekonomi ASEAN 2015 turut menyumbang ke arah menjadikan rantau itu lokasi pelaburan yang baik. ASEAN akan menjadi blok ekonomi yang ketara dan berperanan sebagai pasaran yang menjadikan rantau ini lebih menarik kepada pelaburan langsung asing.

“Blok ekonomi itu kelak akan menurunkan tarif yang bermakna pergerakan barangan, bekalan dan modal insan di rantau ini lebih bebas, sekali gus menjadikannya lebih cekap,” katanya.

Fan Fai berkata, penggunaan domestik di ASEAN juga baik berdasarkan trend pertumbuhan KDNK lima peratus bagi rantau ini, peningkatan pendapatan dan kumpulan pendapatan sederhana yang bertambah, kadar pengangguran yang rendah, kenaikan gaji minimum serta peningkatan akses kepada kredit.

Menerusi pelaburan minimum RM1,000, pelabur boleh membeli dana itu pada 50 sen seunit sepanjang tempoh tawaran selama 21 hari mulai hari ini.

Permohonan boleh dibuat menerusi cawangan dan pengedar sah Eastspring Investments.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas