Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Komponen BN dihargai

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Selasa, 22 Oktober 2013

Tan Sri Abdul Taib Mahmud
KUCHING 21 Okt. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau menghargai kestabilan dalam setiap parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan menegaskan perkara itu tiada galang gantinya.

Dalam masa sama, beliau yang juga Pengerusi BN menyatakan penghargaannya kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang memberikan sokongan konsisten kepadanya sejak memegang tampuk pemerintahan negara.

Menurut beliau, di bawah kepemimpinan Taib yang juga Presiden PBB, BN mencapai kemenangan cemerlang dengan menguasai 25 daripada 31 kerusi Parlimen di Sarawak dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Malah, katanya, pelantikan tujuh menteri dan empat timbalan menteri dari Sarawak selepas itu merupakan tanda penghargaan kepada sokongan cemerlang rakyat negeri ini terhadap BN.

Sehubungan itu, tambahnya, sesebuah parti hanya akan berjaya jika diuruskan dengan baik dan ahlinya meletakkan kepentingan parti melebihi segala-galanya.

"Inilah ramuan yang mesti kita semat dalam hati, setiap parti politik ada cabarannya tetapi ada cara untuk kita tangani cabaran itu.

"Kalau ditangani dengan baik dan berkesan maka parti kita akan dilihat sebagai parti yang berwibawa," katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung ke-13 parti PBB di sini hari ini.

Yang hadir sama, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Taib, Puan Sri Ragad Kurdi Taib dan dua Timbalan Presiden PBB, Tan Sri Alfred Jabu Numpang dan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Sementara itu, Najib mahu semua parti komponen bijak menguruskan persepsi kerana politik hari ini tidak hanya berkaitan dengan realiti.

Dalam pada itu, beliau berkata, walaupun penduduk Sarawak mempunyai sentimen agak kenegerian di samping budaya berbeza, namun beliau berkeyakinan hati kecil mereka tetap bersama Malaysia.

Menurutnya, penduduk negeri lain di Semenanjung juga sedar mereka perlu menilai, memberi penghargaan dan memahami kelainan itu.

Katanya, mereka juga memahami Sarawak merdeka dalam Malaysia atas persefahaman, perjanjian dan kuasa-kuasa tertentu.

"Saya sebagai Perdana Menteri amat memahami perkara ini, sebab itulah kita ada hubungan baik dan akrab antara negeri dan Pusat.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada Pehin Seri (Abdul Taib) kerana konsisten menjadi rakan yang bersama-sama dengan kita dalam senang dan susah," katanya.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas