Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Kerajaan AS masih belum selamat

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Selasa, 22 Oktober 2013

WASHINGTON 21 Ok. – Walaupun krisis politik yang melumpuhkan kerajaan Amerika Syarikat (AS) selama 16 hari telah berakhir pada minggu lalu, namun tiada pelan kukuh dicapai antara pemimpin kedua-dua parti politik Amerika Syarikat (AS) bagi mengelakkan krisis tersebut berulang.

Anggota Kongres meluluskan satu pendekatan perbelanjaan jangka pendek dan membenarkan hutang syiling dinaikkan sehingga 15 Februari depan, menyaksikan kemungkinan masalah terbabit berulang.

Sebaliknya, Setiausaha Perbendaharaan, Jacob Lew berkata: “Masalah ini tidak boleh berlaku lagi.”

Namun, pemimpin minoriti daripada Parti Republikan, Senator Ted Cruz berkata, tiada jalan penyelesaian terbaik boleh dicapai untuk mengelakkan krisis terbabit berulang, sehingga menyebabkan beratus ribu pekerja kerajaan diberi cuti tanpa gaji dan semua taman negara ditutup.

Cruz berkata, krisis yang sama boleh berlaku lagi pada awal tahun depan ekoran kesan ekonomi dan beberapa kesan lain.

“Perjanjian yang dicapai pada minggu lalu merupakan penyelesaian yang buruk buat rakyat AS.

“Ia bukan situasi yang baik, tetapi tiada siapa mempunyai cara yang kukuh untuk mengelakkan kemungkinan berlakunya satu lagi krisis politik sehingga menyebabkan kerajaan boleh menjadi lumpuh,” katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi pemimpin kanan daripada Parti Republikan, Senator John McCain berkata, negara ini dilanda masalah ekonomi dan rakyat AS tidak akan bertoleransi dengan pengulangan krisis politik yang menyebabkan kerajaan lumpuh.

“Saya yakin rakyat negara ini tidak akan berdiam diri jika krisis tersebut berulang,” katanya.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas