Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Kadar BR1M ditingkatkan ke RM650

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Ahad, 27 Oktober 2013

KUALA LUMPUR 25 Okt. - Kerajaan mengotakan janji yang dibuat di dalam manifesto pilihan raya umum lalu apabila mengumumkan pertambahan secara berperingkat jumlah pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada pembentangan Bajet 2014 di Dewan Rakyat hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu, penambahbaikan pemberian BR1M tersebut adalah sejajar dengan pelaksanaan subsidi bersasar dalam usaha meringankan beban hidup rakyat.

"Pemberian BR1M kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah akan ditingkatkan daripada RM500 sebelum ini kepada RM650.

"Seterusnya, bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai BR1M akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300 ," katanya ketika membentang Bajet 2014 di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Najib yang juga Menteri Kewangan turut mencadangkan caruman Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M) bernilai RM50 juga akan diberi kepada semua penerima isi rumah bantuan berkenaan.

Katanya, langkah tersebut diharapkan dapat memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima BR1M sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

"Pendek kata, secara keseluruhannya, penerima BR1M dalam kalangan isi rumah berpendapatan bulanan tidak melebihi RM3,000, akan menikmati bantuan sebanyak RM700," jelasnya.

Dalam pada itu, pada pembentangan bajet berkenaan, Najib mengumumkan bantuan-bantuan lain seperti Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) dan bantuan persekolahan diteruskan.

"Sukacita saya umumkan kerajaan akan meneruskan program BB1M dengan nilai sebanyak RM250 kepada setiap pelajar prauniversiti dan institusi pengajian tempatan (IPT) untuk mengurangkan kos pembelian buku serta bahan pengajian. Langkah ini dijangka dapat memberi manfaat kepada 1.3 juta pelajar dengan peruntukan sebanyak RM325 juta.

"Bantuan persekolahan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah sebanyak RM100, akan diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM540 juta disediakan dan memberi manfaat kepada kira-kira 5.4 juta pelajar," katanya.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas