Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Cameron terus pertingkat hubungan Malaysia-UK

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Ahad, 27 Oktober 2013

LONDON 26 Okt. – Kehadiran Perdana Menteri Britain, David Cameron ke Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) kesembilan di sini, membuktikan kepentingan Malaysia sebagai rakan utama kepada Britain.

David Cameron (kiri) bersalaman bersama Dato’ Sri Najib Razak (kanan).
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom (UK) Datuk Seri Zakaria Sulong berkata, hubungan dua hala antara Malaysia dan Britain juga dijangka diperkukuh lagi berikutan lawatan kedua Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke negara itu tahun ini.

“Kami gembira dengan perkembangan ini. Kesudian Cameron untuk datang ke WIEF, kami amat mengalu-alukannya,” kata beliau pada taklimat media di sini hari ini.

Merujuk hubungan antara kedua-dua negara sebagai “kurang diberi perhatian” bagi tempoh 1997 hingga 2010, Zakaria berkata hubungan itu telah bertambah baik sejak 2011.

Beliau berkata, melalui WIEF, forum itu bukan sahaja akan meneroka peluang-peluang baharu untuk masyarakat Islam global tetapi juga berfungsi sebagai platform kepada negara-negara bukan Islam untuk lebih memahami lagi dan mencari peluang perniagaan yang baharu.

“Peluang-peluang baharu tidak hanya dalam industri halal tetapi minat yang tinggi juga dalam pembinaan, teknologi maklumat dan komunikasi, pertanian dan pengurusan pelabuhan,” kata Zakaria.

Lawatan pertama Najib ke Britain tahun ini pada Julai.

Zakaria berkata, lawatan kerja Perdana Menteri dari 26 hingga 31 Oktober bersempena WIEF. Sebagai penaung kepada Yayasan WIEF, Najib akan menyampaikan ucapan pembukaan pada forum tersebut.

WIEF, yang pertama kali diadakan di negara bukan Islam, akan menyaksikan kehadiran sembilan ketua negara dan kerajaan serta lebih 1,800 peserta.

Perdana Menteri dijangka tiba di sini pada pukul 11 malam ini (waktu London) (Ahad, 6 pagi waktu Malaysia).

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas