Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Anggota CEC tidak layak wakili rakyat?

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Khamis, 31 Oktober 2013

KUALA LUMPUR 28 Okt. – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta menjelaskan kelayakan anggota-anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang kini memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen dan wakil rakyat.

Pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, perkara itu berikutan dakwaan wujud sebanyak 450 perwakilan haram semasa pemilihan jawatankuasa tersebut baru-baru ini.

Berikut adalah kenyataan penuh Zamil:

1. Kita minta Anwar memperjelaskan apakah benar jika wujud 450 perwakilan haram semasa pemilihan semula CEC maka semua pemimpin parti DAP di peringkat CEC boleh kita anggap mereka sebagai Pemimpin Haram. Apakah mereka semua layak menjadi Ahli-ahli Parlimen atau wakil-wakil rakyat.

2. Biasanya jika status kesahihan dan kedudukan dalam parti sendiri pun diragui maka bagaimana mereka mahu jadi pemimpin kepada rakyat dan negara. ‘Pemimpin haram’ dari segi undang-undang tetap haram dari segi moral. Kita tahu Anwar tidak begitu kisah tentang persoalan moral tetapi rakyat ambil berat tentang moral.

3. Kita meminta Anwar buat komen mengapa tiada satu calon Melayu pun menang dalam pemilihan CEC. Apakah DAP parti rasis?

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas