Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Usahawan IKS jangan lepas peluang

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Isnin, 30 September 2013

Add caption
PUTRAJAYA 28 Sept. - Usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) yang sedang mencari mesin untuk kegunaan perniagaan masing-masing diminta tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi Karnival Usahawan Desa 2013 (KUD).

Para pengusaha boleh berbuat demikian dengan melawat gerai Syarikat Zull Design Autotronic (ZDA) yang turut menyertai karnival itu di Laman 1Malaysia di sini hari hari ini.

Menurut Pengurus Bahagian IKS ZDA, Siti Nadiah Ahmad Batrod, penyertaan syarikatnya dalam karnival tersebut adalah untuk membantu para usahawan memiliki mesin bersesuaian dengan kemampuan dan keperluan mereka.

"Mesin-mesin yang dihasilkan mengikut selera para pengusaha, kadang kala ada spesifikasi lain yang dimahukan ditambah kepada mesin berkenaan.

"Mereka boleh datang ke gerai pameran ini untuk melihat sendiri mesin-mesin yang ada dan perbincangan dapat dijalankan dengan lebih mudah," katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia di gerai tersebut.

Tinjauan yang dilakukan mendapati, orang ramai tidak melepaskan peluang menyaksikan demonstrasi pembuatan roti jala menggunakan mesin khas ZDA sepanjang pameran itu berlangsung.

Selain itu, terdapat pelbagai jenis mesin lain yang dipamerkan antaranya mesin kuih dahlia dan semprit, mesin cookies depositor serta mesin aiskrim.

Sementara itu, Siti Nadiah berkata, gerai ZDA tidak terlepas daripada menjadi tumpuan orang ramai sepanjang penganjuran KUD untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk-produk syarikat.

"Sambutan diberikan oleh pengunjung amat menggalakkan dan terdapat pelbagai soalan diajukan kepada pihak syarikat,'' katanya.

Pada masa sama, beliau berharap pihak syarikat akan dapat lagi menyertai KUD pada tahun hadapan kerana karnival tersebut ternyata memberi banyak faedah.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas