Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Guan Eng 2 ahli DAP fail writ saman

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Isnin, 30 September 2013

Lim Guan Eng
SEREMBAN 28 Sept. - Dua ahli DAP telah memfailkan dua writ saman terhadap Setiausaha Agung parti berkenaan, Lim Guan Eng di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam berhubung pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu yang dijadualkan berlangsung esok.

Writ saman yang dikemukakan oleh Setiausaha DAP cawangan Ladang Paroi, K. Mahendran serta Pengerusi DAP Taman Dahlia, Seremban, Richard Francis kira-kira 4.30 petang semalam meminta Guan Eng menyenaraikan 2,576 nama yang akan menghadiri pemilihan selain membuktikan 3,561 notis yang telah dihantar kepada delegasi bagi menghadiri CEC berkenaan.

Richard ketika ditemui pemberita menjelaskan, sehingga kini kedua-dua perkara berkenaan masih gagal untuk dikemukakan bukan sahaja kepada ahli malah kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) walaupun telah berkali-kali di minta.

''Jadi selaku ahli yang sah untuk menghadiri CEC, kami bertegas meminta mereka mengemukakan kedua-dua bukti berkenaan tersebut di mahkamah dan jika benar, mereka tidak perlulah lambat atau berdolak dalik mengenai perkara itu," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas mengadakan demonstrasi aman di Dataran Seremban bersama lebih 30 ahli parti DAP dekat sini hari ini yang turut dihadiri oleh Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass.

Dalam pada itu, David ketika ditemui pemberita juga memberitahu, beliau turut melahirkan rasa kecewa terhadap pemimpin tertinggi DAP yang menganggapnya sebagai pengkhianat menerusi satu surat notis berserta pesanan yang diterimanya baru-baru ini.

Katanya, segala usaha yang dibuat selama ini adalah untuk membersihkan imej parti yang tercalar berhubung penyelewengan CEC pada tahun lalu sehingga menyebabkan jawatan kuasa sedia ada tidak sah oleh ROS.

''Dalam surat ini juga secara terang-terangan menyalahkan ROS yang dikawal oleh UMNO. Mengapa kenyataan ini perlu dibangkit sedangkan yang membuat laporan adalah saya? Jadi, salahkah saya mendedahkan perkara yang benar?," katanya.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas