Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Tarik diri jika bertanding 'suka-suka' - Ahmad Maslan

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Khamis, 26 September 2013

Datuk Ahmad Maslan
PONTIAN 22 Sept. - Calon-calon yang menawarkan diri bertanding merebut jawatan dalam pemilihan UMNO kali ini yang tidak mempunyai tujuan tertentu atau sekadar 'suka-suka' dinasihatkan supaya menarik diri.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, mereka masih mempunyai masa untuk menarik balik pencalonan tersebut bagi memberi peluang kepada calon-calon yang benar-benar bersedia untuk memimpin parti.

Beliau berkata, walaupun calon berkenaan memenuhi syarat dan kelayakan untuk bertanding, tetapi penawaran diri perlu seiring dengan kesediaan untuk menyumbang kepada parti dan bukan disebabkan oleh tujuan tertentu.

"Pertandingan ini membuktikan demokrasi dalam UMNO semakin subur dan tidak mati dengan memberikan peluang kepada semua ahli untuk bertanding tetapi mereka harus menyedari pemilihan kali ini amat penting bagi masa depan UMNO. Jadi, sekiranya bertanding untuk suka-suka, calon ada masa 72 jam selepas pencalonan ditutup untuk menarik diri.

"Oleh itu, keutamaan perlu diberikan kepada usaha untuk meremajakan UMNO dan bukan atas tujuan mencari kesalahan atau menjatuhkan maruah seseorang pemimpin," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Tanjung, Benut, di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengetua SMK Sri Tanjung, Andi Audryanah Md. Noor; Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Sri Tanjung, Aris Musa dan calon Naib Ketua UMNO Bahagian Pontian, Mohd. Jahis Othman.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, UMNO tidak pernah menghalang muka baharu untuk mencuba nasib atau mencari pengalaman dalam parti, tetapi pencalonan mereka harus berdasarkan kepada kemampuan serta kewibawaan yang ada.

"Oleh sebab itu, peraturan baharu yang diguna pakai pada pemilihan kali ini memberi peluang seluas-luasnya kepada semua ahli untuk bertanding sama ada di peringkat pusat, bahagian dan sayap-sayap UMNO.

"Tokoh-tokoh muda yang berwibawa penting bagi memastikan parti mempunyai barisan pelapis yang mampu menerajui UMNO pada masa depan. Terpulanglah kepada perwakilan UMNO untuk membuat keputusan, namun mereka perlu mengambil kira sejauh mana calon-calon baharu ini sanggup berkorban untuk agama, bangsa dan negara," katanya.

Ditanya tentang pertandingan yang dijangka sengit bagi merebut jawatan Naib Presiden serta ketua sayap-sayap UMNO, Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, jumlah calon yang ramai menawarkan diri memberi banyak pilihan kepada perwakilan untuk memilih yang terbaik dalam kalangan mereka.

"Rekod pencapaian sebelum ini perlu diambil kira sama ada kecil atau besar dan bukan mudah untuk membuat pilihan kerana setiap calon ada kelebihan tersendiri," katanya yang menang tanpa bertanding bagi jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pontian.

Justeru, beliau berharap perwakilan dapat membuat penilaian yang bijak dan matang serta tidak mudah dipengaruhi oleh manifesto atau janji calon semata-mata.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas