Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Kompaun AES diturun RM150

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Khamis, 19 September 2013

PUTRAJAYA 18 Sept. - Berkuat kuasa serta-merta kerajaan mengumumkan untuk menurunkan kadar kompaun Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kepada RM150 berbanding kadar asalnya RM300.

Keputusan dibuat supaya dapat diselaraskan dengan saman-saman yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kadar saman baharu itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu berkaitan pelaksanaan AES. Bagaimanapun ia bergantung kepada tempoh pembayaran saman dibuat dan kesalahan had laju yang dilakukan di mana saman maksimum adalah RM300.

"Mengenai status saman-saman AES yang tertunggak sebelum ini mesyuarat turut bersetuju untuk mengemukakannya dalam Kabinet bagi menimbang kaedah paling sesuai untuk menyelesaikan isu ini secara menang-menang.

"Pejabat Peguam Negara sebelum ini meminta saman AES dibekukan sementara, justeru bagi saya orang ramai tidak perlu bimbang sangat dan yang paling utama mesti adil kepada semua pihak," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengambilalihan Operasi AES di pejabatnya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata, penguatkuasaan dan pengoperasian sistem tersebut akan dilaksanakan sepenuhnya oleh PDRM dengan dibantu oleh JPJ.

Katanya, saman hanya akan dikeluarkan oleh PDRM manakala JPJ bertanggungjawab menjatuhkan hukuman terhadap pesalah lalu lintas yang kerap melakukan kesalahan melalui Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara).

Dalam pada itu, menyentuh isu pengambilalihan sistem AES, beliau berkata, kerajaan memutuskan untuk mengambil alih sepenuhnya operasi sistem tersebut daripada A.T.E.S dan Beta Tegap Sdn. Bhd. menerusi syarikat milik penuh di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) iaitu AES Solutions Sdn. Bhd.

Katanya, pengambilalihan itu akan dibuat secara telus dengan melantik firma audit bebas bagi memastikan harga yang dibayar adalah adil dan munasabah.

"Kita akan mengambil alih semua aset, liabiliti, kontrak dengan teknologi pembekal dan tenaga kerja bagi memastikan kelancaran sistem AES ini.

"Kerajaan juga akan memastikan pampasan yang akan diberikan nanti tidak keterlaluan dengan diaudit sepenuhnya supaya tiada pihak ketiga yang boleh membuat keuntungan dalam hal ini," katanya.

Jelas beliau, kerajaan perlu membayar pampasan yang setimpal kerana pada masa sama memperoleh aset, sistem dan tenaga kerja yang mampu mengendalikan sistem AES.

Sementara itu, mengulas insiden kemalangan maut membabitkan bas ulang-alik Genting Highlands di Kilometer 3.5, Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur pada bulan lalu, katanya, kerajaan sedang menimbang kemungkinan untuk meletak kamera AES di kawasan tersebut dan dilebih 300 kawasan panas lain yang kerap berlaku kemalangan maut.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas