Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Tolak anasir pecah-belah

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Khamis, 2 Januari 2014

ADAKAH cita-cita seorang lelaki untuk menjadi Perdana Menteri lebih penting daripada masa depan 27 juta rakyat Malaysia?

Dan apa pula maknanya beratus ribu dalam jumlah berbanding jutaan rakyat Malaysia yang mengandungi majoriti senyap - menikmati keamanan, kestabilan dan senyap-senyap menyokong kerajaan untuk masa depan generasi muda?

Kita hidup dalam sistem demokrasi. Demokrasi menjamin kebebasan bersuara semua pihak dan pemerintah dipilih oleh rakyat.

Maka, secara kasarnya, kuasa terletak di tangan rakyat. Pemerintah dalam sebuah negara yang demokratik perlu mendapatkan sokongan rakyat semasa pilihan raya untuk terus menjadi pemerintah. Ini telah dibuktikan pada Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei lalu.

Justeru, pakatan pembangkang perlu dengar kata rakyat. Kalau tidak, segelintir orang tidak akan sokong mereka lagi.

Seandainya sistem pilihan raya kita tidak adil atau tidak telus atau zalim, maka pakatan pembangkang akan sentiasa dinafikan hak mereka untuk berkempen, bertanding, memerintah dan membuat pelbagai lagi. Ini termasuklah mendatangi ibu negara untuk melakukan demonstrasi jalanan.

Sekiranya pilihan raya negara kita tidak adil, maka seseorang pemimpin parti pembangkang itu tidak akan berupaya terpilih ke Dewan Rakyat mulai 1969 sehingga sekarang. Dan boleh pula membawa sekali anak beranak, abang adik, isteri, suami dan ipar duai ke Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

Malahan ada antara mereka yang berupaya memenangi dua kerusi - Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri serentak.

Malangnya, agenda kumpulan minoriti berkepentingan licik ini yang kemungkinan didalangi orang luar yang memang berhasrat untuk melihat keadaan negara kucar-kacir, seperti mana Thailand kini, ditafsirkan pula sebagai 'majoriti'.

Kalau diimbas demonstrasi Reformasi 1998 dianjurkan ketika Malaysia sibuk untuk menjadi hos dua acara paling penting pada tahun itu, Sukan Komanwel (Sukom) 1998 dan mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

Kemusnahan di jalanan waktu itu agak teruk tetapi yang lebih menyedihkan - impak liputan berat sebelah yang dirancang oleh agensi berita antarabangsa lebih buruk.

Malaysia digambarkan bukan lagi sebuah negara aman, atau sekurang-kurangnya syurga membeli-belah bagi mereka yang suka membeli-belah atau pelancong yang mahu memperoleh khidmat kesihatan.

Sebaliknya, yang dilihat dan diperoleh hanyalah keadaan huru-hara disebabkan suasana politik yang tidak stabil dengan imej dan maklumat yang disalurkan oleh kumpulan jalanan terbabit.

Natijahnya, media asing disalurkan dengan maklumat mengenai perkembangan politik di Malaysia yang berat sebelah dan tidak betul - kesemua ini dimanipulasi oleh pakatan pembangkang untuk mencerminkan imej negara yang buruk di peringkat antarabangsa. Barangkali, senasib menimpa Thailand ketika ini.

Ia sangat menyedihkan melihat helah negatif dan buruk yang digunakan oleh pembangkang, demonstrasi jalanan haram, menimbulkan kacau-bilau hanya untuk mencapai impian untuk menakluki Putrajaya bagi membentuk kerajaan akan datang.

Dan yang kita cukup bimbangi adalah apa yang bakal terjadi kepada generasi Malaysia pada masa hadapan, seperti yang telah berlaku kepada generasi Mesir kini.

Kestabilan politik tergugat, negara huru-hara dan ekonomi merudum. Itulah yang terjadi di Mesir meskipun sudah beberapa tahun Hosni Mubarak meletak jawatan Presidennya.

Walaupun geopolitik ataupun geosenario di antara Mesir dan Malaysia berbeza, namun ada usaha bersungguh-sungguh untuk mengimport apa yang berlaku di Dataran Tahrir juga berlaku di Dataran Merdeka.

Barangkali bukan suatu yang janggal tanggapan ini untuk diterima - penaja dana-dana asing yang sama menyalurkan dana kepada NGO-NGO tempatan di Mesir dan Malaysia untuk mengadakan demonstrasi jalanan.

Akibat yang diterima selepas revolusi Mesir, keadaan ekonomi lebih teruk lagi berbanding era Hosni Mubarak. Disebabkan ekonomi negara mereka sekarang jatuh teruk, tiada siapa mahu melabur di Mesir walaupun dikatakan demokrasi telah berjalan dengan begitu baik sekali.

Dan ekonomi Mesir bukan sahaja tidak berada di takuk lama, tapi makin teruk daripada era Hosni Mubarak yang dituduh dikatator itu sendiri.

Yang ketara adalah keberkesanan kerajaan Barisan Nasional mentadbir negara sejak merdeka memberi impak besar kepada keharmonian dan kesejahteraan rakyat.

Dalam tempoh terdekat, kerajaan menyasarkan untuk tersenarai dalam 10 negara paling aman dunia.

Laporan Global Peace Index menunjukkan Malaysia menduduki tempat ke-19 negara paling aman daripada 153 negara, negara paling aman di Asia Tenggara dan keempat di Asia.

Pencapaian ini merupakan usaha berterusan kerajaan bagi mendapat mandat di tampuk kepimpinan dengan memberi banyak peluang kepada golongan berpendapatan rendah untuk menaikkan taraf hidup mereka.

Bagaimanapun, kita percaya bahawa majoriti rakyat Malaysia jauh lebih bijak dan tidak membabi buta membiarkan diri mereka dimasukkan ke dalam satu 'wayang kulit' oleh penganjur demonstrasi jalanan haram yang diuar-uarkan Selasa ini.

Dalang demonstrasi jalanan haram hanya mahu mencuba berulang kali, hatta beratus kalipun untuk mencemarkan imej Malaysia sebagai sebuah negara yang aman, harmoni dan makmur. Ini dengan harapan satu lagi titik hitam dalam sejarah negara.

Berdasarkan 'rekod-rekod lalu', ada kemungkinan penaja demonstrasi jalanan telah mempelawa media-media antarabangsa untuk membuat liputan mengenai demonstrasi tersebut.

Setiap orang menginginkan rasa damai, santai dan tempat yang relatif lebih aman di masa-masa konflik dunia. Senario seperti itu telah kita lihat di masa lalu dalam bentuk Perang Dunia I atau II.

Pelbagai negara di dunia telah menghadapi peningkatan jumlah 'kejahatan', terutama kerana krisis ekonomi yang muncul dan perang saudara yang kita cukup maklum satu tragedi dahsyat sedang terjadi di Syria.

Banyak negara yang masih berjuang untuk memulihkan kedudukan ekonomi mereka, tetapi perlu waktu dan hal yang membuat negara-negara berkenaan tidak aman atau berbahaya untuk hidup.

Untuk mana-mana negara mencapai keamanan setanding negara-negara Scandinavia - Norway, Sweden, Finland - mungkin masih jauh. Tetapi, usaha perlu diteruskan untuk menggapainya.

Bak kata Ibnu Kaldun: "Sekiranya kamu ingin melihat generasi yang akan datang, maka lihatlah generasi masa kini."

Jika alpa, yang bakal terjadi kepada generasi Malaysia pada masa depan, anda boleh lihat yang kini berlaku pada generasi Syria, Mesir dan Sudan.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas