Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Tidak layak semat satu pun nama Allah

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Jumaat, 17 Januari 2014

KALIMAH Allah hanya untuk umat yang bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad SAW ialah utusan Allah. Inilah ayat yang terpampang pada kulit buku ini.

Ungkapan kalimah ini juga kini hebat dibincangkan dan mahu dipertahankan oleh umat Islam negara ini daripada pengaruh pihak Kristian.

Secara rasmi Kerajaan Malaysia telah melarang perkataan Allah dalam Injil yang tersebar di negara ini pada 2007. Namun Mahkamah Tinggi pada 2009 membatalkan keputusan itu atas alasan keputusan itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Kerajaan Malaysia telah mengajukan rayuan dan Mahkamah Tinggi telah menundakan pelaksanaan hasil keputusan tersebut sehingga rayuan pihak satu lagi diajukan.

Kerajaan Malaysia berpendapat penggunaan perkataan Allah ialah khas milik umat Islam sahaja.

Bagi pihak penganut Kristian pula tetap bertegas hendak mengguna perkataan Allah di dalam kitab Injil dengan alasan tertentu yang pasti bukan sekadar alasan bahasa tetapi ada misi yang mahu dikembangkan di sebalik penggunaan perkataan Allah itu.

Setelah menyelusuri pelbagai sumber ilmiah yang berkait dengan konsep keagamaan Kristian, penulis buku ini Ahmad Dzikran menyimpulkan beberapa perkara.

Pertama, Allah ialah nama Tuhan yang diseru oleh semua Nabi dan Rasul sejak Nabi Adam AS hingga Nabi Muhammad SAW.

Kedua, terjadinya penyimpangan konsep, ajaran dan doktrin kepercayaan Kristian yang tercampur dengan mitologi dan budaya jahiliah seperti konsep Triniti, Hari Natal dan Simbol Salib.

Ketiga, berlaku pemalsuan dalam penyusunan al-Kitab sama ada dalam Perjanjian Lama ataupun Perjanjian Baharu.

Keempat, terjadi pula penyimpangan konsep ketuhanan yang menggandingkan nama Allah dengan sifat-sifat lain antaranya memiliki anak, wujud diri dalam tiga komponen yang berbeza (triniti), dosa warisan yang ditanggung anak-anak Adam kerana makan buah terlarang di Syurga.

Kelima, kitab yang didakwa sebagai kitab samawi tetapi mencampurkan mitologi jahiliah dalam nama Allah dan banyak mengalami perubahan, jadi dengan sendirinya tidak boleh disebut kitab suci samawi lagi. Oleh itu kitab itu pun tidak layak memuatkan nama Allah dalam seluruh ayatnya.

Nama Allah yang diguna dalam al-Quran bersih dan suci daripada konsep unsur-unsur syirik.

Ajaran dalam kitab Injil telah melencong jauh daripada risalah tauhid para Nabi dan Rasul.

Ahmad Dzikran merumuskan mubaligh Kristian menggunakan perkataan Allah dalam Injil semata-mata untuk kepentingan Kristianisasi di rantau Asia Tenggara yang majoritinya bangsa Melayu Muslim.

Melalui penggunaan perkataan Allah ini, mubaligh mengharapkan akan muncul perasaan persamaan asas teologi antara umat Islam sehingga memudahkan untuk terjadinya dialog demi misi Kristianisasi.

Kristian tidak layak menyematkan satu pun nama Allah dalam seluruh isi kitab Injil kecuali mereka bersedia dan jujur untuk meninggalkan triniti dan kembali meyakini ajaran tauhid.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas