Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Rasuah swasta makin serius

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Jumaat, 17 Januari 2014

Tan Sri Abu Kassim Mohamed
PETALING JAYA 13 Jan. - Gejala rasuah dalam sektor swasta di negara ini didapati semakin serius sejak beberapa tahun lalu apabila aktiviti sogokan seolah-olah telah menjadi trend atau 'kos operasi' yang perlu dibayar bagi memastikan kelangsungan sesuatu perniagaan.

Perkara itu didedahkan dalam Laporan Tinjau Selidik Penipuan, Sogokan dan Rasuah 2013 yang dibuat firma audit, cukai dan penasihat terkemuka negara ini, KPMG Malaysia yang mendapati 90 peratus responden daripada lebih 100 syarikat tersenarai di dalam Bursa Malaysia bersetuju dengan perkara itu.

KPMG Malaysia adalah gabungan empat firma audit dan perakaunan iaitu Klynveld, Peat, Marwick dan Goerdeler.

Berikutan pendedahan yang dibuat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama agensi yang berkaitan akan mula melakukan siasatan dan pemantauan terhadap mana-mana organisasi yang dikenal pasti terlibat.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, ini kerana pihaknya mengambil serius pendedahan tersebut memandangkan sektor swasta mempunyai pengaruh yang besar dalam ekonomi negara.

Menurut beliau, SPRM telah menjalin kerjasama erat dengan pihak berkuasa berkaitan antaranya Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Bursa Malaysia, Suruhanjaya Siber Sekuriti dan Suruhanjaya Sekuriti untuk mengambil tindakan sewajarnya kepada mana-mana organisasi swasta yang terlibat dengan rasuah.

"Memandangkan Malaysia menuju ke arah negara maju, usaha membanteras perlakuan rasuah di sektor swasta tidak boleh dipinggirkan dan kita juga perlu mengubah persepsi organisasi mengenai rasuah dalam perniagaan ini," katanya selepas Majlis Pelancaran Buku Laporan Kajian Penipuan, Rasuah dan Korupsi 2013 oleh KPMG di sini, hari ini.

Yang turut hadir Rakan Pengurus KPMG Malaysia, Johan Idris; Pengarah Urusan Bahagian Pengurusan dan Risiko KPMG Malaysia, Datuk Hew Lee Lam Sang dan Pengarah Eksekutif Bahagian Pengurusan dan Risikonya, Tan Kim Chuan.

Sementara itu, Johan berkata, kaji selidik tersebut yang bermula Januari 2010 hingga Disember 2013 mendapati kes penipuan dalam perniagaan meningkat sehingga 98 peratus berbanding kajian terakhir pada 2009 membabitkan 175 organisasi.

Katanya, responden yang terlibat adalah antara umur 26 hingga 40 tahun membabitkan jawatan tertinggi dalam organisasi antaranya ketua pegawai eksekutif, ketua pegawai kewangan, ketua pegawai operasi, pengawal kewangan, pengurus besar, ketua bahagian audit, ketua keselamatan dan pelbagai lagi.

Menurutnya, edisi kelima kaji selidik itu yang dilakukan setiap empat tahun dan pertama kali melibatkan kajian terhadap sogokan dan rasuah mendapati hampir kesemua responden dalam organisasi terlibat mengaku pernah melakukan rasuah sepanjang tempoh kajian dan kebiasaannya ia membabitkan orang dalam.

Jelasnya lagi, hanya kira-kira 20 peratus responden memaklumkan nilai rasuah yang berlaku dengan jumlah RM2.41 juta dalam julat sogokan antara RM10,001 hingga RM100,001. Namun beliau percaya ia adalah lebih tinggi memandangkan banyak gejala rasuah tidak dilaporkan.

"Antara aktiviti yang dilihat sebagai rasuah adalah sogokan, pengubahan wang haram, kecurian wang atau barangan melalui invois atau tuntutan palsu, penipuan harta intelek, penipuan penyata kewangan dan pengintipan antara syarikat korporat.

"Hasil kajian mendapati rasuah dilakukan melalui bayaran tunai, hiburan, pemberian hadiah, derma antara beberapa pihak termasuk membabitkan politik, tuntutan perjalanan dan penginapan serta persetujuan bersama antara pemberi dan penerima rasuah serta banyak lagi," katanya.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas