Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog PKR tiada keistimewaan

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Isnin, 6 Januari 2014

KOTA BHARU 3 Jan. - Kerajaan Pas Kelantan tidak akan memberi sebarang keistimewaan jawatan kepada pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri ini berikutan kedudukan dan pengaruh parti itu yang tidak menonjol.

Selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu, PKR hanya mempunyai satu kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pendirian Pas itu menyamai layanan sama diterima daripada rakan sekutu pakatan pembangkang di negeri lain. Ini termasuk wakil tunggal mereka di Pulau Pinang, Datuk Mohd. Salleh Man (Permatang Pasir) yang tidak dilantik sebagai Exco kerajaan negeri oleh DAP.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Abdullah, PKR tidak ada sebab untuk berasa terpinggir kerana Pas memberi layanan yang sama terhadap rakan sekutu mereka, seperti mana diterima mereka di negeri lain.

Mengulas lanjut beliau berkata, wakil tunggal PKR di negeri ini iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guchil, Roslan Puteh menerima nasib yang sama seperti Mohd. Salleh di Pulau Pinang apabila tidak diberi kepercayaan dalam barisan Exco Kerajaan DAP.

"Apa yang sudah dibuat pada zaman Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) dulu kita masih kekalkan pada hari ini iaitu kita tidak pinggirkan siapa-siapa. Pelantikan penghulu tetap berjalan seperti dulu.

"Exco pula memang dari dulu kita tidak pernah lantik PKR, sebab dia hanya ada satu kerusi, di Pulau Pinang pun Pas ada satu kerusi tak dapat jadi Exco jadi sama sahaja," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan di Dataran Ilmu di sini hari ini.

Pengarah Latihan dan Komunikasi PKR Kelantan, Dr. Wan Suhaimi Wan Daud semalam mendakwa parti itu dianaktirikan Kerajaan Pas Kelantan apabila tidak diberi sebarang kedudukan penting dalam semua peringkat pentadbiran negeri.

Menurut Wan Suhaimi, Roslan yang menjadi wakil rakyat tunggal PKR bukan sahaja tidak dilantik sebagai Exco atau Timbalan Exco, malah tidak diberi peluang mempengerusikan mana-mana anak syarikat milik kerajaan negeri.

Malah, katanya, perkara sama berlaku di peringkat akar umbi apabila tiada seorang pun wakil parti itu dilantik sebagai penghulu di mana-mana kawasan DUN.

Mengulas lanjut, Mohd. Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas I Kelantan meminta Wan Suhaimi menggunakan saluran betul untuk menyuarakan pendapat jika tidak berpuas hati dengan kerajaan negeri.

"Kalau dia rasa PKR memerlukan penyertaan yang lebih dalam kerajaan negeri, dia mungkin boleh datang berjumpa Menteri Besar dan bawa pandangan itu menggunakan prosedur yang betul supaya kita boleh tahu apa sebenarnya yang dia tidak puas hati," katanya.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas