Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Perlu perjanjian sah - Jaujan

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Sabtu, 18 Januari 2014

Datuk Jaujan Sambakong
KOTA KINABALU 16 Jan. - Cadangan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor untuk menimbang membenarkan pusat latihan GiatMara Taman Selayang Baru, Selangor beroperasi seperti biasa secara bersyarat perlu dimuktamadkan dengan perjanjian yang sah.

Pengerusi GiatMara, Datuk Jaujan Sambakong berharap perkara berkenaan bukannya hanya sekadar janji manis kerajaan negeri sahaja.

Tegas beliau, pihaknya memang mempunyai rancangan jangka masa panjang untuk menambah baik segala prasarana dan kemudahan di GiatMara berkenaan termasuk modul latihannya akan dipertingkatkan bagi disesuaikan dengan tuntutan semasa.

"Kami menyambut baik kesediaan mereka untuk membenarkan operasi GiatMara Taman Selayang Baru ini diteruskan seperti biasa secara bersyarat.

"Saya gembira kerana akhirnya mereka akur tetapi keputusan ini mesti mempunyai hitam putih, jangan pula selepas kita mematuhi segala syarat yang ditetapkan termasuk mengeluarkan belanja yang besar secara tiba-tiba pula mereka bertindak mengarahkan operasi kita ditutup," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang memberikan pilihan GiatMara berkenaan terus beroperasi di tapak sama dengan syarat pengurusan pusat latihan tersebut memperbaiki kemudahan serta operasi mereka.

Kerajaan negeri memberi tempoh kepada pengurus Pusat GiatMara di Taman Selayang Baru untuk berpindah tanpa sebarang ganti rugi dan pampasan dalam tempoh 12 bulan bermula 9 Disember 2013 hingga 10 Disember 2014 atas alasan tanah seluas 11,396 meter persegi yang diduduki pusat itu sejak 20 tahun lalu tidak mendapat kebenaran.

Jaujan berkata, pihaknya banyak menerima maklum balas daripada pelatih termasuk para ibu bapa yang amat berharap agar pusat latihan itu dikekalkan di tapak asal dan tidak bertukar ke tempat yang baharu.

"Selain kedudukan strategik yang memudahkan akses kepada para pelatih, pusat latihan itu juga mampu menyediakan kemahiran kepada para belia setempat dan merupakan GiatMara yang paling ramai menerima permohonan kemasukan daripada penduduk setempat," katanya.

Sementara itu di KUALA LUMPUR, Jaujan mencabar Kerajaan Negeri Selangor membina institusi latihan yang lebih baik jika menganggap GiatMara tidak bagus.

Beliau berkata, pihak terbabit perlu melihat sumbangan Majlis Amanah Rakyat (Mara) menerusi penubuhan Pusat Latihan GiatMara dalam membantu meningkatkan taraf hidup dan sosioekonomi anak bangsa.

"Apa yang GiatMara lakukan selama ini adalah berusaha meningkatkan kehidupan anak bangsa ke tahap yang lebih baik. Sewajarnya, perkara itu diingati oleh semua pihak," katanya.

Sejak GiatMara ditubuhkan pada tahun 1986, sehingga kini institusi tersebut melahirkan 301,327 tenaga kerja mahir dalam pelbagai bidang bagi memenuhi keperluan industri.

Di Selangor sahaja, terdapat 24 Pusat Latihan GiatMara yang kini menempatkan 1,959 pelatih.

Jaujan menjelaskan, penubuhan Pusat Latihan GiatMara di Taman Selayang Baru bukan menceroboh tanah kerajaan negeri sebaliknya dibina mengikut peraturan sedia ada.

Beliau berkata, pihak pembangkang seharusnya menghentikan segala dakwaan mereka yang kurang tepat memandangkan pembinaan pusat latihan berkenaan tidak melanggar sebarang undang-undang berkaitan.

"Jangan politikkan isu ini. Sepatutnya kita kena berikan pendidikan tanpa mengambil kira sebarang ideologi politik supaya semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan kaum mendapat hak yang sama rata," katanya.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

{ 2 komen... teruskan membaca atau Komen }

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas