Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Pembangkang hanya PKR, Pas?

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Sabtu, 18 Januari 2014

PULAU PINANG 16 Jan. - Semua keputusan yang dibuat dalam mesyuarat tertinggi pembangkang sama ada di peringkat pusat atau negeri selepas 15 Disember 2012 tidak boleh diguna pakai kerana disertai pemimpin DAP yang tidak sah.

Bekas Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Zulkifli Mohd. Noor berkata, berikutan itu, pembangkang pada masa ini hanya diwakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas sehinggalah Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengesahkan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP.

"Keadaan itu menyebabkan PKR dan Pas berada dalam dilema kerana tidak boleh membuat keputusan secara menyeluruh serta kolektif," katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Sementara itu, Zulkifli menegaskan, semua konvensyen DAP negeri yang diadakan selepas tarikh itu juga tidak sah kerana diputuskan oleh individu yang tidak diiktiraf ROS.

Katanya, DAP sepatutnya menunggu keputusan ROS terlebih dahulu sebelum mengadakan konvensyen negeri tetapi mereka tetap berdegil.

"Sedangkan mereka tahu apa yang mereka lakukan itu melibatkan soal peraturan dan perlembagaan parti serta undang-undang negara yang telah dibuang sewenang-wenangnya," katanya.

Zulkifli turut mempertikaikan ketelusan konvensyen DAP negeri yang didakwa beliau melibatkan campur tangan pemimpin tertinggi parti itu untuk memastikan kemenangan individu tertentu.

Katanya, sebagai contoh, Konvensyen DAP Johor menyaksikan Liew Chin Tong dipilih sebagai Pengerusi baharu mengetepikan penyandang, Dr. Boo Cheng Hau yang mendapat undian lebih tinggi.

Dalam masa sama, tambahnya, keraguan juga timbul dalam pemilihan semula CEC pada 29 September tahun lalu selepas Chin Tong mendapat undian paling tinggi mengatasi Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan, Lim Guan Eng namun mendapat tempat ke-14 dalam Konvensyen DAP Johor.

"Jadi yang mana betul dan yang mana tipu? Keputusan seperti ini sangat tidak masuk akal melainkan ada sesuatu yang pelik berlaku," katanya.

Sehubungan itu, Zulkifli mendesak ROS tidak tunduk sama sekali dengan amaran DAP untuk mengambil tindakan saman kerana beliau yakin terdapat individu tertentu di dalam parti tersebut yang cuba menyembunyikan kebenaran.

"ROS perlu bertindak bagi memberi keadilan kepada ahli-ahli DAP lain yang mempunyai hak untuk mengetahui kebenaran serta dalang di belakang percaturan pemimpin berkenaan.

"Keputusan pemilihan Chin Tong dalam Konvensyen DAP Johor adalah salah satu contoh dan bukti yang cukup kuat wujudnya percaturan itu," katanya.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas