Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Nafi pengeluaran wang Skim Persaraan Swasta dicukai

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Khamis, 2 Januari 2014

Datuk Ahmad Maslan
KUALA LUMPUR 18 Dis. - Kerajaan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan pengeluaran wang Skim Persaraan Swasta akan dikenakan cukai sebanyak 25 peratus apabila mencapai umur persaraan 55 tahun.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata, sebaliknya cukai pegangan sebanyak lapan peratus hanya dikenakan kepada pencarum yang mengeluarkan caruman sebelum mencapai umur 55 tahun.

Katanya, cukai tersebut dikenakan bagi mengelakkan pencarum mengeluarkan simpanan mereka sebelum tiba tempohnya dan seterusnya bertentangan dengan tujuan caruman tersebut.

Jelasnya, bagaimanapun, cukai tersebut akan dikecualikan kepada kes-kes tertentu termasuk pencarum meninggal dunia, disahkan menghidap penyakit serius atau kritikal, hilang upaya kekal atau menghidap ketidakstabilan mental.

"Pengenalan skim tersebut yang berkuat kuasa mulai Tahun Taksiran 2012 adalah untuk menggalakkan tabungan dalam kalangan rakyat selepas umur persaraan.

"Oleh itu, pengeluaran awal sebelum mencapai umur persaraan 55 tahun akan menyebabkan objektif asal untuk memastikan rakyat Malaysia mempunyai tabungan mencukupi selepas bersara tidak dapat dicapai," katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan dakwaan pembangkang kononnya wang caruman skim itu akan dikenakan cukai sebanyak 25 peratus yang disebarkan di media-media sosial.

Mengulas lanjut, Ahmad memberitahu, sehingga 31 Ogos lalu sebanyak 36,663 pencarum telah mencarum di bawah skim tersebut dengan nilai RM147.3 juta.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas