Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Merungkai keagungan al-Quran

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Isnin, 6 Januari 2014

PELBAGAI kajian dan penyelidikan mengenai kehidupan termasuk alam sekitar penciptaan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan telah dilakukan oleh pakar dan ahli sains sejak daripada dahulu lagi.

Hasil daripada itu, pelbagai teori dan penemuan telah diperkenalkan khususnya oleh penyelidik daripada barat.

Namun, selepas penemuan itu disahkan, suatu yang luar biasa ia hakikatnya telah dinyatakan dengan jelas di dalam al-Quran sejak 1,400 tahun dahulu menerusi kitab al-Quran.

Merungkai bukti dah hujah tersebut, Utusan Karya Sdn. Bhd. (UKSB) menerbitkan buku Tidakkah Kau Dengar Suara Tuhanmu? yang menghimpunkan artikel daripada ruangan al-Quran dan sains yang disiarkan menerusi majalah Infiniti.

Selain itu, buku setebal 196 muka surat itu turut mengupas penjelasan al-Quran dalam bidang astronomi, penciptaan alam semesta, oseanografi, fizik, perubatan dan fitrah haiwan.

Penemuan yang mengejutkan itu membuatkan ramai dalam kalangan para saintis termasuk daripada barat yang memeluk Islam selepas mengakui keagungan kitab pegangan umat Islam tersebut.

Antara artikel yang menarik seperti Ombak di atas ombak€™, Keluarnya api dari dasar laut€™,€™ al-Quran mengira kelajuan cahaya€™, al-quran menguak kiraan E=Mc2€™ dan banyak lagi.

Istimewanya, buku yang turut dimuatkan dengan nukilan Pensyarah Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Dr. Mohd. Arip Kasmo itu turut dipersembahkan dengan secara berwarna ini disertakan dengan fakta ringkas dan santai untuk lebih mudah difahami dan sebagai rujukan pantas pembaca.

Buku yang sangat menarik dan sesuai untuk bahan bacaan semua peringkat itu kini boleh didapati di pasaran dengan hanya RM15 senaskah.

Buku-buku tersebut juga boleh didapati terus daripada Bahagian Pemasaran Utusan di talian 03-89243888 atau 03-8924 3977.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas