Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Mengurus mesti ikut matlamat

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Jumaat, 17 Januari 2014

KUALA SELANGOR 13 Jan. - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan semua pengurusan rumah kebajikan di negeri itu berfungsi selaras matlamat sebenar serta tidak melakukan penyelewengan atau unsur negatif yang berselindung di bawah nama kebajikan.

Gambar Fail: Sultan Sharafuddin Idris Shah menyampaikan sumbangan berjumlah RM1 ribu kepada mangsa yang terselamat pada majlis penyerahan sumbangan kepada mangsa tragedi tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Taqwa, Batu 14, Hulu Langat.
Baginda bertitah, segala sumbangan dan bantuan yang diperoleh hendaklah digunakan sebaik-baiknya kerana ia amanah yang harus dimanfaatkan kepada mereka yang berhak menerimanya.

"Beta menitahkan supaya aspek kemudahan asas, pendidikan, kebersihan dan kesejahteraan hendaklah diambil berat dan tidak diabaikan," titah Sultan Selangor ketika merasmikan rumah anak-anak yatim Rumah Aman 2 di Saujana Utama, Sungai Buloh, di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Glomac Bhd., Tan Sri Mohamed Mansor Fateh Din; Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Glomac Bhd., Datuk Fateh Iskandar Mohamed Mansor.

Sultan Selangor dalam pada itu turut menyeru ahli-ahli lembaga pengarah rumah kebajikan agar bersikap amanah dan terus berusaha mencari idea serta melakukan apa yang terbaik untuk terus memberi nilai tambah untuk penghuni rumah tersebut.

Tegas baginda, salah satu aspek penting yang harus diterapkan kepada penghuni rumah anak yatim seperti Rumah Aman adalah disiplin agar mereka mempunyai budi pekerti mulia, mentaati agama serta mematuhi undang-undang.

"Ini amatlah penting kerana mereka juga adalah aset penting kepada pembangunan negeri Selangor pada masa akan datang," titah Sultan Sharafuddin.

Sultan Selangor turut menyeru semua pihak termasuk kerajaan, swasta, badan-badan korporat serta individu agar tampil memberi sumbangan dan bantuan kepada Rumah Aman dan rumah kebajikan berdaftar yang lain bagi membantu meringankan beban mereka.

Jelas baginda, sumbangan dan sokongan moral secara ikhlas sudah pasti akan memberi satu kepuasan dan kelegaan dalam diri masing-masing.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas