Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog DAP kebal undang-undang?

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Khamis, 2 Januari 2014

PENULIS masih lagi tidak faham dengan kerenah DAP yang tidak habis-habis menyusahkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung pemilihan semula pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu, mengapa berterusan memanjangkan isu ini.

PERMINTAAN mudah ROS untuk melihat maklumat berkaitan parti ketika pemilihan semula CEC berlangsung pun tidak boleh dipenuhi malah menuding jari terhadap agensi itu sebagai tidak adil.
Ramai bekas dan beberapa ahli parti itu meluahkan rasa kecewa kepada penulis dengan sikap Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng yang berdegil dan sombong dalam memberikan semua laporan, butir-butir dan maklumat berkaitan pemilihan tersebut.

Antara persoalan yang dibangkitkan seperti, bagaimana hanya dalam DAP sahaja perkara-perkara pelik seperti ini berlaku, mengapa ROS masih memberi muka, bertolak ansur dan berlembut dengan parti yang diterajui oleh pemimpin sombong dan tidak faham undang-undang. Adakah DAP begitu kebal sehingga sesuka hati tidak mematuhi sebarang arahan yang diberikan.

Permintaan dan kerjasama ROS mudah; senarai 2,576 ahli, cawangan dan alamat; senarai 1,740 ahli yang berhak hadir dan mengundi beserta cawangan masing-masing; senarai 985 cawangan yang telah diberi status Sijil A; dan salinan notis kepada 2, 576 ahli selain nama cawangan dan alamat di mana ia dihantar.

Ini kerana 851 daripada 2,576 perwakilan tidak hadir dan mengundi semasa pemilihan semula CEC dan secara misteri muncul pula 120 cawangan tambahan yang hadir dan mengundi diwakili oleh 450 perwakilan. Ini bermakna 1,301 perwakilan asal tidak hadir untuk mengundi.

DAP sebenarnya seperti mana-mana parti politik yang lain termasuk Barisan Nasional (BN) tertakluk di bawah arahan ROS namun 'berlagak' seperti sebaliknya. Masing-masing mendabik dada bahawa mereka sangat hebat apatah lagi di penuhi pengamal undang-undang. Pengerusi DAP, Karpal Singh, anaknya Gobind Singh, Guan Eng, Anthony Loke masing-masing tidak habis-habis mengugut akan menyaman ROS.

Permintaan ROS sebenarnya mudah dan tidak sesukar mana. Bukan melibatkan maklumat berkaitan rahsia-rahsia besar parti itu tetapi maklumat berkaitan pemilihan semula yang berkontroversi kerana terdapat aduan rasmi daripada ahli parti itu sendiri. Mereka mendakwa tidak mengikut perlembagaan, ramai yang layak mengundi tidak dibenarkan mengundi malah boleh silap mengira undi walaupun menggunakan komputer. Semua ini salah ROS atau DAP itu sendiri?

Sebelum ini, Ketua Pengarah ROS, Mohammad Razin Abdullah berkata, pihaknya menggantung keputusan CEC DAP kerana siasatan masih dijalankan. Bagaimanapun laporan berhubung pemilihan khas CEC yang dihantar sebenarnya dilaporkan tidak mengandungi maklumat yang mencukupi serta menyukarkan ROS untuk menyiasat sebarang dakwaan.

Menuding jari

Habis mengapa terus menuding kepada ROS? Mengapa pula anak-beranak dinasti Lim yang menerajui DAP boleh berdrama sakan seolah-olah ROS telah bertindak kejam dengan cuba membatalkan pendaftaran parti mereka sehingga terpaksa bertanding sebagai calon bebas?

Mengapa sehingga hari ini Guan Eng boleh terlepas dengan pembohongan berhubung isi kandungan surat ROS bertarikh 17 April yang lepas? Siapa sebenarnya yang tidak pernah bekerjasama? Cukupkah dengan menghantar laporan tiga muka sahaja? Bukankah DAP efisien dan sedia maklum dengan kemelut mereka? Mengapa tidak lengkapkan sahaja laporan itu? Ini bukan kali pertama, sebelum ini pun pernah berlaku.

Bekas Pengerusi DAP Cawangan Taman Seri Sungai Pelek, Tan Tuan Tat pernah menggesa ROS supaya berhenti melayan kerenah DAP. ROS telah banyak memberi peluang dan tempoh masa panjang untuk memperbetulkan kesilapan salah kira undi serta beberapa aduan daripada ahli parti itu sendiri.

Namun jelasnya, DAP masih bersikap sombong dengan menuding jari kepada ROS selain berterusan memancing undi simpati dalam kalangan penyokong dan rakyat seolah-olah menjadi mangsa keadaan.

Bendahari Agung MIC, Datuk R. Ramanan pula menempelak Guan Eng yang sehingga hari ini masih enggan mendedahkan senarai perwakilan kepada umum atau ROS atas sebab yang tidak dapat dipastikan.

"Bagaimana kita hendak kenal pasti punca mengapa perwakilan yang layak mengundi tidak hadir sekiranya Guan Eng sendiri tidak 'sanggup' menyenaraikan senarai tersebut? Mengapa maklumat ini sungguh 'rahsia' walaupun dituntut oleh ROS? ," kata beliau.

Kini hanya Guan Eng boleh tampil secara telus untuk menjawab semua persoalan ini, namun itu umpama seperti menanti kucing bertanduk. Guan Eng sebenarnya sudah tidak boleh berterusan berlakon kerana rata-rata perwakilan dan penyokong sudah celik. Janganlah satu hari nanti berlaku malapetaka dalam parti akibat sikap bongkak sombong beliau sendiri.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas