Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog BR1M: 7.9 juta penerima kos RM4.5b

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Isnin, 6 Januari 2014

CYBERJAYA 3 Jan. - Kerajaan memperuntukkan dana sebanyak RM4.5 bilion untuk membayar 7.9 juta isi rumah dan individu bujang yang layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada tahun ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, peruntukan tersebut meningkat berbanding tahun lalu yang menyaksikan RM3 bilion disalurkan kepada 6.8 juta penerima BR1M.

Beliau berkata, penerima BR1M sedia ada tidak lagi perlu mendaftar untuk kali kedua, sebaliknya perlu mengemaskini maklumat bagi memasukkan data peribadi terkini merangkumi alamat, ahli keluarga dan maklumat akaun bank.

"Mengikut jangkaan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terdapat 900, 000 pemohon baharu yang layak menerima BR1M pada tahun ini, namun sehingga 31 Disember lalu hanya 270, 000 pemohon yang tampil mendaftarkan diri.

"Ini bermakna masih ada lagi 70 peratus pemohon baharu yang tidak berdaftar, golongan ini dinasihatkan supaya mendaftar seawal mungkin bagi mengelak nama mereka tercicir dari senarai caruman Insurans Takaful Berkelompok Insurans 1Malaysia atau i-BR1M," katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke kaunter BR1M di ibu pejabat LDHN di sini hari ini.

Menurut Ahmad, proses pendaftaran dan kemaskini BR1M akan dibuka sehingga 31 Januari ini dan kementerian tidak berhasrat untuk melanjutkan tarikh tersebut memandangkan hebahan telah dibuat di seluruh negara mengenai bantuan tersebut.

"Sikap masyarakat negara ini yang suka membuat sesuatu perkara pada saat-saat akhir perlu diubah, jika tidak mendapat BR1M kerana kegagalan untuk mendaftar jangan salahkan kementerian sebaliknya salahkan diri sendiri kerana tidak peka dengan situasi semasa.

"Bagi pemohon baharu, mereka boleh mendaftar secara dalam talian atau manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014 dan borang permohonan boleh didapati di pusat khidmat LHDN, Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau memuat turun melalui laman sesawang LHDN: www.hasil.gov.my," katanya.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas