Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Bekas mufti diselar agar mengaji semula

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Jumaat, 17 Januari 2014

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut menyelar tindakan mana-mana bekas mufti yang kerap menggunakan medium media sosial untuk menghentam kerajaan.

Beliau yang juga merupakan bekas Mufti Johor itu berkata demikian ketika menyampaikan ceramah yang bertajuk “Husnul Khotimah, Allah Dan Rasul Disisiku” di perkarangan Masjid Kg Baru, semalam.

Beliau yang tidak menyebut nama mana-mana individu itu menjelaskan Islam ada menggariskan beberapa panduan berhubung adab dan kaedah untuk menasihati pemimpin.

“Sebagai seorang mufti, kita sepatutnya menggunakan adab sopan yang digariskan untuk menegur pemimpin. Jangan disebabkan kita tidak lagi menjadi mufti, kita meroyan di dalam media sosial dengan menghentam kerajaan.

“Saya juga pernah menjadi mufti, namun saya tidak meroyan. Tak perlulah saya, menyebut nama mana-mana individu, semua faham-faham sendirilah” katanya.

Islam ada menggariskan beberapa cara untuk menegur pemerintah, contohnya hadis daripada Ibnu Abbas r.a yang mana Nabi Muhammad s.a.w mengajar cara kita menegur pemerintah.

“Menegur pemerintah bukanlah dengan cara memaki hamun, menghina dan bukannya menyampaikannya di mimbar-mimbar khutbah dengan terbuka, itu bukan adab Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam menegur dan menasihati pemerintah.

“Kata Ibnu Abbas lagi, Nabi mengajar kamu, pegang tangan pemerintah, bersendirianlah dengannya dan sampaikan apa yang ingin kamu sampaikan. Sekiranya dia terima, itu perkara baik dan jika dia tidak terima, kamu telah menunaikan tanggungjawab,” katanya.

Ramai yang berpendapat, kenyataan Nooh Gadut itu merujuk kepada beberapa tindakan dan kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang sering mengkritik kerajaan melalui laman media sosial seperti Twitter dan Facebook.

Malah minggu lalu, Asri melalui laman facebook rasminya dilihat telah mengeluarkan sekeping gambar hiasan dalaman sebuah pesawat yang dikatakan sebagai jet baru milik kerajaan. Namun apabila diselidik ternyata gambar tersebut palsu, yang boleh diperoleh melalui enjin carian Google.

Disebabkan itu, Asri telah diserang kerana dilihat cuba menimbulkan persepsi buruk masyarakat terhadap kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Rentetan daripada itu juga, pihak admin beliau terpaksa mengaku telah melakukan kesilapan dan menarik kembali gambar tersebut yang disusuli dengan kenyataan maaf secara terbuka.

Ceramah yang diadakan itu adalah merupakan program anjuran Pergerakan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan bersempena dengan Sambutan Majlis Maulidur Rasul dengan tema “Malam Cinta Rasul”.

Selain tazkirah dan ceramah, program yang dihadiri oleh hampir 3000 orang itu, turut diserikan dengan persembahan Qasidah oleh kumpulan Al Yamani.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

288,594

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA